SATE Sajian lawak TerBAEK!

Shahrol, Adi dan Tauke - SATE Sajian Lawak TerBAEK!
Rancangan baharu di ERA fm iaitu SATE, telah diumumkan pada Anugerah MeleTOP ERA tempoh hari telah mula bersiaran.

Jika sebelum ini, rancangan petang di ERA menggabungkan dua penyampai radio Adi Fashla dan Zahid dalam slot Petang di ERA Bersama Adi dan Zahid. Terkini rancangan tersebut mendapat nafas baru dengan memperkenalkan SATE!

23 Februari 2015, merupakan hari pertama Adi Fashla bergandingan dengan Shahrol dan Tauke bagi menemankan petang anda dalam segmen SATE, Sajian Lawak TerBAEK!

SATE, Sajian Lawak TerBAEK!

Nama rancangan SATE ini pula, adalah bersempena gabungan nama ketiga-tiga penyampai segmen tersebut Shahrol, Adi dan Tauke (SATE).

Keserasian mereka bakal mencipta sebuah kelainan berbanding segmen sebelum ini.

Tagline Sajian Lawak TerBAEK ini lebih cenderung untuk mengajak pendengar menjamu selera sambil bersantai mendengarkan pengisian terkini umpama menu-menu terbaik dalam segmen tersebut, sambil melayan kerenah ketiga-ketiga penyampai di rancangan petang ERA fm, SATE.

Menurut Pengurus Kandungan ERA fm, Nazri Noran,

Gandingan baharu yang mantap ini membuktikan bahawa segmen yang kami bawakan di stesen ERA fm bukan sahaja mementingkan pengisian berunsurkan komedi, malah pihak kami memilih SATE Sajian Lawak TerBAEK sebagai tagline baru bagi segmen petang di ERA bersama barisan penyampai baru, Shahrol dan Tauke bersama Adi kerana mengikuti gaya hidup dan kehendak pendengar masa kini yang lebih santai dan penuh jenaka.

Matlamat stesen ERA juga adalah ingin menjadi Rancangan Petang radio yang pertama di Malaysia fokus kepada golongan pendengar18 hingga 34 tahun.

Selain itu, pemilihan Tauke dan Shahrol sebagai penyampai baharu bagi slot petang ini turut mendapat tindakbalas positif dari pendengar memandangkan mereka bedua juga merupakan pelawak terkenal di Malaysia.

Bagi pendengar yang mungkin dalam perjalanan pulang pulang dari tempat kerja, berada di rumah, atau yang terpaksa meredah sesakan di jalanraya pula pasti akan kenyang dengan sajian terbaharu yang disajikan khas buat pendengar setia ERA fm bersama pengemudi baharu rancangan petang ERA fm, Shahrol, Adi dan Tauke (SATE).

Jangan lupa temujanji anda bersama SATE Sajian lawak TerbBAEK setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 4 petang hingga 8 malam bersama pelawak terkenal negara Shahrol , Adi dan Tauke!

Dapatkan maklumat lanjut tentang ERA fm di www.era.fm, laman Facebook dan Twitter ERA, serta frekuensi:

103.3FM Lembah Klang, 103.6FM Pulau Pinang, 103.7FM Ipoh, 98.0FM Kuantan, 103.3FM, Kota Bharu, 102.4FM Kota Kinabalu, 103.6FM Seremban, 90.3FM Melaka, 104.5FM Johor Bahru, 102.8FM Terengganu, 96.1FM Kuching, 90.7FM Langkawi, 102.0FM Tapah, 101.3FM Miri, dan Saluran Astro (856)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments