Shae Semakin Popular Di Indonesia

Shae Penyanyi Indonesia
Kerjaya nyanyian Shae di negara sendiri iaitu Indonesia semakin diterima dan beliau mula dikenali sebagai penyanyi di negara asalnya itu.

Shae telah mencipta nama di Malaysia melalui lagu Sayang mengakui dia terpaksa berkerja keras untuk memperkenalkan dirinya sebagai penyanyi baharu di tanah kelahirannya.

Susah untuk pihak media penyiran mainkan lagu saya dan saya terpaksa kerja keras pergi promosi di radio-radio di Indonesia untuk memperkenalkan diri dan lagu.

Alhamdulillah, akhirnya lagu saya sudah didengari dan menjadi pilihan radio-radio di sana dan mereka juga sudah ada yang mengenali saya sebagai penyanyi

Shae berkata demikian selepas mengulas tentang isu sebelum ini bahawa namanya lebih popular di negara ini berbanding Indonesia.

Beliau kini kolaborasi bersama kumpulan Nukilan yang dianggotai oleh Kirana, Kelana dan Agenda untuk single terbaru mereka, Rindu yang merupakan ciptaan Malique dan Dedeq.

Sumber : MStar Online

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments