Syaiful Kumpulan Zero Tangguh Kahwin

zero-di-dalam-rancangan-MeleTOP

Syaiful Zero menjelaskan perkahwinannya akan ditunda kepada satu tarikh lain. Ini kerana Syaiful mahu fokus kepada kerjayanya bersama Sharif dan Atu.

Syaiful juga memberitahu, dia dan adik-adiknya merancang untuk membaiki rumah mereka di Kudat dan membawa ibu mereka menunaikan haji dahulu.

“Nawaitu asal kami menyertai Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014) adalah untuk mendapatkan wang dan menunaikan dua hasrat kami itu.

“Hal perkahwinan, mungkin akan ditunda terlebih dahulu…Buat masa ini biarlah kami bertiga fokus pada kerja dahulu,” Ujarnya.

Kumpulan Zero dianggotai oleh Sahrif Kadil Doli Sahrif (Sharif), Mohammad Syaiful Doli Sahrif (Syaiful) dan Sharif Kunal Doli Sahrif (Atu).

Mereka sebelum ini bekerja sebagai nelayan dan buruh kasar.

“Kesusahan hidup membuatkan kami cuba untuk mengubahnya. Tidak sangka, peluang memasuki program Raja Lawak sebelum ini menonjolkan bakat seni yang kami ada. Di situ, kami mula sedar hidup semakin bersinar,” Ujar Atu.

Perkembangan terkini, Zero akan muncul dalam sebuah filem terbitan MIG tidak lama lagi. sumber – Astro gempak

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments