Travelog Bersiri Mad Markets Musim Ke-3

Travelog Mad Markets Musim Ke-3
Rancangan travelog bersiri Mad Markets kini kembali ke saluran TV9 untuk musim ke-3.

Buat si gadis, rancangan ini pastinya menjadi sumber tontonan yang menarik kerana selain padat dengan informasi percutian, kelainan rancangan ini adalah mereka akan memperkenalkan kepada anda pusat atau pasar membeli belah yang anda harus lawati.

Bersiaran sejak 6 Januari lalu, rancangan ini juga menerima sambutan baik oleh pengguna media sosial dan menerima trending di seluruh dunia dan Malaysia menerusi #madmarkets.

Senaraikan apa sahaja yang harus anda ketahui sama ada pasar terbaik untuk anda mendapatkan barang yang dihajati, makanan enak untuk dinikmati mahupun cadangan lokasi untuk bersantai. Berdurasi selama 30 minit, Mad Markets kembali pada setiap hari Selasa jam 9.30 malam di TV9 bersama pengacara, Elfira Loy.

Elfira Loy Travelog Mad Markets Musim Ke-3

Bersiaran selama 10 episod, Mad Markets kali ini pastinya lebih segar kerana mereka akan membawa para penonton ke lima lokasi membeli-belah terbaik di lima buah lokasi.

Elfira akan ke Taiwan, Thailand, Azerbaijan, Australia dan Jepun ditemani Hanie Hidayah seorang blogger yang sukakan kecantikan dan mengembara.

Jadi jangan lupa untuk menonton Mad Markets musim ke-3 yang bersiaran setiap hari Selasa jam 9.30 malam eksklusif di TV9. Untuk maklumat lanjut layari www.tv9.com.my dan siaran ulangan di www.tonton.com.my.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments