Travelog Terbitan Primeworks Studios Disiarkan di Indonesia

Travelog Terbitan Primeworks Studios Disiarkan di Indonesia
Travelog Urban terbitan Primeworks Studios, Without Boundaries akan mula disiarkan di Indonesia.

MCN Channels (anak syarikat Media Nusantara Citra (MNC) Indonesia) telah memperoleh hak tidak ekslusif untuk menyiarkan kesemua 20 episod menerusi platform-platformnya iaitu televisyen berbayar, video atas permintaan (VOD) dan ‘over-the-top’ (OTT) sehingga tahun 2016.

Siri travelog ini telah mula bersiaran di saluran MNC Food and Travel Indonesia sejak 7 Februari 2015. Pemerolehan ini adalah yang pertama bagi Primeworks Studios oleh MNC Channels.

Diterbitkan pada tahun 2011, siri Without Boundaries menganggotai kategori Modern Urban Asia dalam katalog kandungan Primeworks Studios tahun 2014/2015.

Katalog kandungan tersebut telah dilancarkan di pasaran kandungan antarabangsa MIPCOM tahun lepas.

Dengan pengembara selebriti Henry Golding sebagai hos, setiap musim siri travelog penuh aksi ini menyingkap segala keindahan semulajadi yang terdapat di Malaysia.

Without Boundaries: Islands and Beaches membawa penonton ke pulau-pulau dan pantai-pantai terindah di Malaysia untuk menikmati pemandangan yang unik serta mencuba aktiviti-aktiviti menarik.

Dalam Without Boundaries: The Great Outdoors pula, penerokaan Henry tiada hentinya, dari pendakian Gunung Tahan, ke pembelajaran kemahiran hidup dengan masyarakat orang asli, ke aktiviti sukarela di Pusat Pemuliharaan Orang Utan & Beruang Madu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments