Yana Samsudin Nikah 13 Februari Ini

yana samsudin

Tahniah buat  Yana Samsudin yang telah mengumumkan bakal menamatkan zaman bujangnya  pada 13 Februari ini.

Jejaka pilihan Yana adalah Fadhil Zahari adik kepada pelakon dan pengarah, Farid Kamil..

Yana dan Fadzil mula berkenalan ketika kali pertama bertentang mata di set penggambaran Rempit V3 pada tahun  2008 . Pada 2010 Fadzil pernah menghantar rombongan merisik namun ketika itu Yana masih belum bersedia.

fadzil zahari

Selepas Yana memberitahu telah bersedia untuk bergelar isteri, Fadzil menghantar rombongan bertunang pada 14 Disember lalu.

Ujar Yana :

Bagaimanapun apabila saya buka mulut sudah bersedia berkahwin tahun lalu, saya tunggu siapa yang melamar dulu. Saya tidak sangka Fadzil masih menyimpan hati dan perasaan kepada saya. Kalau lelaki lain, mungkin sudah lama ‘angkat kaki’ kerana terlalu lama menunggu.

Ketika itu, saya sibuk dengan separuh akhir Anugerah Juara Lagu TV3. Saya hanya selepas tiga hari Fadzil menghantar rombongan meminang, itu pun saya terima gambar melalui applikasi WhatsApp yang dihantar kakak. Macam nak luruh jantung saya! Sebelum ini Fadzil beritahu mahu bertemnu keluarga di Yong Peng.

Saya tidak terfikir beliau menghantar rombongan meminang. Dalam diam, Fadzil sudah berpakat dengana orang tua saya. Mereka sengaja mahu buat kejutan kepada saya.

Jujurnya saya berada di persimpangan dilema, terima atau sebaliknya. Bapa menyarankan saya melakukan solat istikarah terlebih dahulu. Keluarga bagi saya tempoh bertenang. Saya buat solat istikarah tapi saya tidak nampak apa-apa. Namun gerak hati saya bagaikan terbuka menerima kehadiran Fadzil. Mungkin inilah petanda yang Tuhan tunjuk dalam menentukan pilihan hidup.

Agak lama saya termenung, saya fikir kenapa saya harus menolak insan yang betul-betul menyayangi saya? Fadzil dan keluarganya melamar dengan cara adat. Lagipun saya kena Fadzil ketika saya belum punya apa-apa dan belum popular. beliau sentiasa berada di sisi ketika jatuh dan kebangkitan saya.

Majlis pernikahan mereka akan diadakan pada 13 februari ini di Yong Peng. Tahniah sekali lagi buat Yana dan Fadzil.  Semoga segalanya urusan akan berjalan lancar.

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments