Zero Juara Maharaja Lawak Mega 2014

Zero Juara Maharaja Lawak Mega 2014
Tahniah buat kumpulan Zero yang dinorbatkan sebagai Juara Maharaja Lawak Mega 2014 dan membawa pulang wang tunai berjumlah RM500,000 dan trofi.

Kumpulan yang berasal dari Sabah ini berjaya mengetepikan juara bertahan Maharaja Lawak Mega musim terdahulu, Sepahtu yang kini berdua apabila Pak Ya tidak dapat memberi komitment sepenuhnya untuk meneruskan persaingan kali ini.

Mereka dianggotai oleh Sahrif Kadil Doli Sahrif, Mohammad Syaiful Doli Sahrif dan Sharif Kunal Doli Sahrif.

Zero merupakan peserta dari kerusi panas membuktikan bahawa mereka memang layak untuk berada di pentas Maharaja Lawak Mega bila dapat menewaskan kumpulan yang hebat dan mempunyai ramai peminat dengan lawak yang konsisten setiap minggu.

Bahkan 5 bintang yang diberikan pada persembahan mereka di pentas akhir dari juri membuktikan lawak mereka mampu mencuit hati penonton dan peminat.

Kami di Hye Bro! ingin mengucapkan tahniah kepada kumpulan Zero atas kemenangan mereka.

Disini kami keputusan akhir Maharaja Lawak Mega 2014

  1. Zero
  2. Sepahtu
  3. Nabil
  4. Shiro
  5. Bocey

Kesemua peserta peringkat akhir dikehendaki membuat dua persembahan dengan bertemakan muzikal komedi dan bebas.

Para peserta telah diadili dengan sistem pemarkahan yang masing-masing mewakili 70 peratus daripada juri tetap dan selebihnya undian penonton di rumah.

Empat juri tetap yang mengadili peserta pada MLM2014 akhir itu terdiri daripada Datuk Jalaluddin Hassan, Taufiq Batisah, Nur Fazura dan Farah Quinn.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments