Adi Putra Masuk Hospital Akibat Sakit Slipped Disc

Adi Putra Masuk Hospital Akibat Sakit Slipped Disc | Pelakon  Adi Putra baru-baru ini telah dimasukkan ke hospital akibat diserang sakit urat di bahagian tulang belakang ketika sedang membuat promosi filem barunya yang bertajuk Isyarat Cinta.

Adi disyaki menghidapi Slipped Disc yang mana satu cakera pada bahagian tulang belakang telah teralih daripada kedudukan asal.

Adi Putra kini sedang berada di wad Prince Court Medical.

Saya diserang sakit belakang ketika pertengahan majlis promosi Isyarat Cinta dan terpaksa meninggalkan majlis lebih awal untuk ke hospital.

Selepas diberikan suntikan tahan sakit, saya ditahan di wad kerana doktor mengesyaki berlaku slipped disc.

Saya tidak pasti berapa hari akan ditahan di hospital kerana beberapa siri rawatan akan saya lalui hari ini, termasuklah menjalani imbasan Pengimejan Magnetik Resonans (MRI).’Ujar Adi.

Apapun semoga Adi cepat sembuh dan banyakkan berehat.

Sumber Berita: Berita Harian

adi putra

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments