Ajak Shiro Timang Cahaya Mata Ketiga

Ajak Shiro Timang Cahaya Mata Ketiga | Tahniah  Hyebro ucapkan buat Ajak Shiro dan isteri Afifah Amin yang telah selamat menimang cahaya mata mereka.

Bayi yang dilahirkan itu merupakan anak ketiga pasangan ini. Berita gembira tersebut dikongsikan oleh Ajak menerusi akaun Instagramnya dengan status berbunyi :

“Alhamdulilah syukur padamu Ya ALLAH.. Hari ini tepat jam 1 petang isteri saya selamat bersalin dan hadiahkan seorang anak perempuan”, tulisnya.

Ajak turut memberitahu anaknya itu juga berkongsi tarikh lahir yang sama dengan dua abangnya yang juga lahir pada 25 Mac.

“Lagi satu saya nak bagitau… isteri saya bagi hadiah ni pada hari yang sama… Walaupun bukan kembar dan dia bersalin normal Jad 25 Mac 2010, Had 25 Mac 2013 dan harini adalah 25 Mac 2015. Terima kasih pada semuanya… Alhamdulillah”.

Tahniah sekali lagi buat Ajak dan isteri. Semoga bayi tersebut membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah.

ajak shiro timang anak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments