Almy Nadia Dedah Nama Anak

almy nadia dan fizz fairuz

Almy Nadia Dedah Nama Anak | Sudah genap 14 hari pelakon Almy Nadia berpantang selepas melahirkan anak pertamanya pada 16 Februari yang lalu.

Bayi perempuan tersebut telah dilahirkan di Hospital Columbia, Setapak, Kuala Lumpur pada 6.49 petang.

Amly Nadia turut mendedahkan nama anaknya yang diberi nama Nur Afrina Ariana.

“Nama anak saya Nur Afrina Ariana. Maksudnya, cahaya putih kemerah-merahan yang penuh dengan kesejahteraan,”Ujarnya.

Almy  yang melahirkan anak secara normal melahirkan rasa syukurnya di atas kelahiran bayi tersebut.

“Alhamdulillah, seronok dan syukur dapat tatap wajah dia setiap hari. Lebih membuatkan saya teruja apabila dapat menyusu badan sepenuhnya untuk Ariana,” Ujarnya.

Bagaimanapun Almu dan Fizz masih belum bersedia mendedahkan wajah anak perempuan mereka.

Almy dan Fizz telah mendirikan rumahtangga pada 26 April tahun lalu. Apa pun semoga anak Almy dan Fizz membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah. Sumber – Kosmo Online

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments