Che Ta Tampil Berhijab Selepas Pulang Dari Mekah

Pelakon Rozita Che Wan kini tampil dengan imej bertudung selepas pulang dari mengerjakan umrah  bersama suami, Zain Saidin.

Afeeq Abdul Wahab, Pengurus Rozita, telah mengesahkan berita tersebut laman sosial Instagramnya.

“Berkat doa para peminat dan suami, Che Ta kini bertudung dan akan terus kekal dengan imej tersebut. Ahamdulillah, sebelum ini dia memang ada berniat untuk memakai tudung.

“Saya tidak terkejut dengan keputusan yang dibuat Che Ta kerana sebelum ini dia pernah ‘hint’ akan bertudung, cuma tidak sangka ia dilaksanakan sebaik sahaja dia selesai mengerjakan umrah,” kata Afeeq – dipetik dari Astro Gempak

Che Ta dan suami telah menunaikan umrah pada minggu lepas dan selamat pulang tengahari tadi.

che ta berhijab

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments