Dato’ Siti Nurhaliza Bakal Jayakan MUZIKA NUSANTARA

muzikal nusantara

Satu konsert MUZIKA NUSANTARA akan diadakan di Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur pada 13 Mac 2015 jam 8.30 malam.

Artis yang akan membuat persembahan adala Dato’Siti Nurhaliza.  Selain Dato’ Siti Nurhaliza, penyanyi Krisdayanti, Tegar, Rafli Kande dan Dwen juga turut membuat persembahan pada malam itu.

Konsert Muzika Nusantara tersebut menampilkan gabungan dua negara  iaitu Malaysia dan Indonesia. Mereka akan mempersembahkan konsep tarian dan nyanyian selama 2 jam.

Konsert ini juga akan  memaparkan keindahan dan kekayaan warisan nenek moyang dalam Kepulauan Melayu yang penuh dengan warna-warni

Konsert  ini  pertama kali diadakan dan dianjur bersama Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia yang bertemakan Senada Dalam Seni.

Tiket-tiket  dijual dengan harga RM 53, RM 73, RM 103, RM 153, RM 203, RM 253, RM 303.

Bagi mereka yang ingin ke konsert ini boleh membuat tempahan tiket di Laman www.redtix.asia.com

sumber – budiey.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments