Drama Orang Gaji IQ Lakonan Anzalna Di TV2

Drama Orang Gaji IQ Lakonan Anzalna Di TV2 | Sebuah drama terbitan Global Stations Sdn Bhd  bertajuk “Orang Gaji IQ” menemui penonton yang telah pun memulakan siaran pada 23 Februari lalu di TV2.

Drama sebanyak 13 episod ini disiarkan pada setiap hari Isnin pada pukul 9.00 malam. Skripnya pula dihasilkan oleh Zarihah Hassan.

Menampilkan pelakon seperti Anzalna Nasir, Afiq Muiz, Watie Sadali, Aida Khalida, Sharifah Sakinah, Shakilla Khoriri dan Syazwan Zulkifli.

Orang Gaji IQ mengisahkan tentang  seorang Pengarah urusan sebuah agensi pembantu bernama Shahira terpaksa menyamar sebagai pembantu rumah Indonesia setelah pembantu yang sepatutnya datang tidak muncul.

Shahira dan sepupu yang juga rakan kongsinya bernama Normala pula gagal mendapatkan tenanga kerja Indonesia seperti yang dijanjikan oleh agensi dari sana kerana masalah passport dan visa.

Agensi pembantu rumah mereka sebenarnya sangat terkenal dengan rekod cemerlang malah turut mendapat pelanggan dari golongan VIP. Kali ini mereka mendapat pelanggan seorang hartawan yang cerewet bernama Pn. Halimah.

anzalna dalam drama orang gaji IQ

Namun Shahira dan Normala gagal mendapatkan pembantu rumah yang memikat hati Pn. Halimah. Bagi menyelesaikan masalah itu, Normala mencadangkan Shahira menyamar sebagai pembantu rumah.

Mulanya Shahira keberatan kerana Pn. Halimah kawan baik Datin Latipah. Datin Latipah pula ialah ibu Halim, kekasih Shahira.

Selain itu Pn.Halimah juga adalah ibu saudara Aida yang juga kawan baik Nadia. Nadia adalah musuh ketat Shahira. Nadia ada hati dengan Halim tetapi Halim tidak menyukainya. Nadia sering mencari peluang untuk menjatuhkan Shahira dan mengambil hati Datin Latipah.

Shahira bersetuju untuk menyamar.. Dia menggunakan nama ‘Erni Wibowo’. Sebelum memulakan ‘misi penyamaran’ itu, mereka terlebih dahulu mesti mencari satu alasan kukuh untuk membolehkan Shahira ‘menghilangkan diri’ terutama dari pengetahuan Halim.

Dua tiga hari sebelum ‘misi penyamaran’ bermula, Shahira mengajak Halim keluar makan malam. Rancangan itu bagaimanapun diketahui Nadia. Nadia pula memang merancang agar hubungan Halim dan Shahira putus.

Shahira sengaja datang lambat. Halim telah sampai dahulu di restoran tempat mereka akan berjumpa. Ketika sedang menunggu Shahira, Nadia muncul dan berlagak manja dengan Halim. Ketika itu lah Shahira muncul. Mereka bergaduh sehingga Shahira menghilangkan diri dan gagal dihubungi Halim.

Misi penyamaran tersebut akhirnya bermula. Erni Wibowo dibawa oleh Normala ke rumah Pn. Halimah. Pn. Halimah bersetuju maka bermulalah Shahira dikenali sebagai Erni Wibowo sebagai orang gaji percubaan.

Pada minggu pertama, keadaan menjadi kelam kabut. Erni tidak tahu menyediakan sarapan dan tidak tahu mengemas rumah.

Pn. Halimah mengadu dengan Datin Latipah akan hal tersebut namun Datin Latipah nasihatkan Pn. Halimah supaya jangan marah-marah dengan pembantu rumah sebaliknya ajar ‘Erni’ baik-baik. Bila semuanya Erni dah pandai, Pn. Halimah jugak yang senang.

Erni pula kurang senang bila Aida yang kebetulan datang ke rumah Pn. Halimah memanggilnya ‘bodoh’ kerana tidak tahu buat teh tarik

Pn. Halimah kemudian mengajar Erni melakukan semua kerja rumah dengan baik. Erni pula mengikuti kelas memasak pada hujung minggu. Akhirnya kehidupan Erni mula teratur dan membutakan Pn.Halimah berasa gembira.

Dalam diam Erni mendapat perhatian Haikal, anak bujang Pn.Halimah.

Setelah sebulan lebih bekerja, Erni bertemu pandang dengan Halim setelah Halim datang menghantar kek buh untuk dikirimkan kepada ibunya. Erni terpaksa menyorok dan perkara itu disedari Aida. Aida memberitahu Nadia kerana menyangka Erni orang yang diupah Shahira agar ‘ilmukan’ Halim namun Nadia tidak percaya. Mereka kemudian merancang untuk menyiasat latar belakang Erni. sumber – Budiey.com

Apakah terjadi seterusnya? Jangan lupa saksikan drama “Orang Gaji IQ” setiap Isnin pada pukul 9.00 malam hanya di TV2. Selamat menonton!

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments