Hanez Suraya Sah Bergelar Isteri

Tahniah buat pelakon Hanez Suraya apabila sah bergelar isteri kepada pasangannya, Romie Razin Adilha Dato’ Abd Jais.

Dengan sekali lafaz, pernikahan mereka disaksikan oleh  Imam Besar Masjid Putra, Putrajaya Ybhg Tuan Haji Abdul Manaf Haji Mat.

Pasangan sama cantik sama padan ini telah dinikahkan oleh bapa Hanez iaitu Encik Abdul Aziz Mohd. Said di Masjid Putra, Putrajaya.

Pihak lelaki telah memberikan 7 dulang hantaran seperti tepak sirih, rantai, Al-Quran dan tasbuh, alat solek, beg tangan, sepasang kasut dan set minyak wangi. Mas kahwin pula berjumlah RM20,000.

Manakala pihak perempuan membalas 9 dulang kepada pihak lelaki berupa sirih junjung, Al-Quran/sejadah/tasbih, kek, buah-buahan, set wangian,beg, tali pinggang, baju/seluar dan sepasang kasut.

Tahniah sekali lagi buat Hanez dan Romie. Semoga bahagia hingga ke akhir hayat. Foto- Rotikaya

gambar kahwin hanez suraya

gambar nikah hanez suraya

hanez suraya dan romie

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments