Jenazah Harun Salim Bachik Selamat Dikebumikan

Jenazah Harun Salim Bachik Selamat Dikebumikan | Jenazah Allahyarham Harun Salim Bachik telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Ar Raudhatuk Sakinah, Taman Batu Muda, Batu Caves, Kuala Lumpur kira-kira  pada pukul 11 pagi tadi.

Jenazah Allahyarham tiba di kediamannya  di Taman Pandan Perdana pada pukul 1.15 pagi Isnin. Jenazah kemudian  dimandikan  dan disembahyangkan di Surau Al Mutmainnah Jalan Pandan Perdana 8/1 pada pukul 9 pagi.

Kira-kira 500 ahli keluarga yang hadir, teman dan rakan-rakan artis  untuk menberi penghormatan terakhir buat jenazah.

Rakan artis yang hadir seperti Datuk Hattan, Datuk Rosyam Nor, Zed Zaidi, Den Wahab, Afdlin Shauki, Riezman Khuzaimi, Arash Mohamad,Elly Suriati dan ramai lagi.

Sama-samalah kita sedekahkan al Fatihah. Semoga allahyarham ditempatkan dikalangan orang yang beriman.

harun salim bachik meninggal dunia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments