Karaoke Kenduri Kahwin Bersama Trio Pagi Sinar FM

Karaoke Kenduri Bersama Trio Pagi Sinar FM
Pengantin baru, Raja Hafiz Raja Tahrin dan pasangan cukup teruja menerima kunjungan trio Sinar Pagi sewaktu majlis kenduri kahwinnya yang berlangsung baru-baru ini.

Mereka merupakan pasangan pengantin bertuah pertama yang juga merupakan pendengar setia Sinar FM menerima kunjungan Karaoke Kenduri Bersama Sinar FM pada majlis kenduri kahwin di Taman Ampang Utama, Ampang.

Suasana menjadi lebih meriah apabila trio Sinar Pagi menyajikan persembahan nyanyian yang cukup menghiburkan kepada pengantin.

Sinar Pagi menerima lebih daripada 200 penyertaan bagi program Karaoke Kenduri anjuran Sinar FM dan empat lokasi kenduri kahwin di sekitar Lembah Klang telah dipilih untuk dikunjungi oleh penyampai Sinar Pagi, Salih Yaccob, Krill Rashid dan Raja Azura.

Kemudian, trio Sinar Pagi bergerak ke lokasi kedua yang terletak di Kompleks Sukan Bangsar bagi meraikan pengantin baru, Siti Raihannah Hanis Che Rahim.

Majlis dimeriahkan dengan dendangan dua buah lagu, Selamat Pengantin Baru dan Pandang Pandang Jeling Jeling, oleh trio Sinar Pagi yang diiringi live band.

Rombongan Sinar Pagi ke lokasi kedua ini juga diserikan dengan kehadiran pelakon dan penyanyi Rafidah Ibrahim yang turut bersama menghiburkan para tetamu undangan.

Karaoke Kenduri Bersama Sinar FM

Bagi majlis seterusnya, Trio Sinar Pagi berkunjung ke majlis perkahwinan yang cukup istimewa kerana ia berlangsung di Dewan Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam.

Zia Bella dan Along Charm turut menyertai rombongan Karaoke Kenduri bagi meraikan kedua mempelai, Syaiful Ezwan bin Sahit dan isteri.

Majlis perkahwinan yang menjadi lokasi terakir Karaoke Kenduri terletak di Dewan Dato’ Ahmad Razali, Ampang.

Majlis ini cukup istimewa memandangkan pasangan pengantin Nur Syafazila bt Rafiai dan suaminya Muhd Fazrin bin Rahmad yang juga merupakan pendengar setia Sinar FM turut bersanding bersama pengantin lain.

Bibit – bibit cinta diantara mereka mula berputik sedari detik perkenalan mereka di tempat kerja. Malahan, mereka turut ditukarkan ke pejabat yang sama.

Kesemua mempelai bertuah Karaoke Kenduri menerima baucer tunai barangan elektrik daripada Sinar FM.

Sinar FM berterima kasih kepada semua yang sudi mengirimkan jemputan dan berhasrat untuk meraikan para pendengar mereka di majlis-majlis lain pada masa akan datang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments