Kisah Superhero Dalam PIZZA MAN Di TV1

Kita sering dihiburkan dengan adiwira seperti Superman, batman, spiderman dan sebagainya. Kini, sempena dengan musim cuti sekolah, TV1 membawakan anda menonton filem bertajuk Pizza Man.

Pizza Man akan bersiaran pada 22 Mac ini pada pukul 3.05 petang.

Pizza Man mengisahkan seorang remaja bernama Matt Burns, seorang pelajar kolej bekerja sepenuh masa di sebuah restoran Pizza milik ibunya.

Dia bekerja sebagai penghantar pizza bagi menampung pembelanjaan pengajiannya di kolej.

Satu hari, Matt Burns telah terlibat dalam satu kemalangan di sebuah makmal yang mana Matt telah cedera ditembak. Bagaimanapun, Matt memiliki kuasa yang luar biasa setelah diberi tomato oleh Profesor Tucker.

Selepas kejadian tersebut, penjahat mula mencari Matt dan mereka berniat mengambil kuasa yang dimiliki Matt untuk kegunaan sendiri.

Pada masa yang sama juga, Matt perlu menyelamatkan diri dari penjahat dan perlu menyelamatkan dunia termasuklah gadis impiannya.

Filem ini dibintangi oleh Amber Borycki, Ashley Parker Angel, Terry Rhoads dan Michael Gross.

Jangan lupa saksikan Pizza Man pada 22 Mac ini, jam 3.05 petang hanya di TV1. Selamat menonton. sumber -budiey.com

pizza man movie

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments