Lana Nordin Bakal Tamat Zaman Bujang Mei Ini

Lana Nordin Bakal Tamat Zaman Bujang Mei Ini | Aktres Lana Nordin akhirnya telah mengumumkan bakal menamatkan zaman bujangnya pada Mei ini.

Lana membuat pengumuman tersebut menerusi sidang media yang diadakan di Hotel Istana, Kuala Lumpur.

Lana dan bakal suami, David McKienzie, memilih tarikh 15 Mei 2015 untuk sebagai tarikh perkahwinanya.

Ujar Lana, mereka memilih tarikh tersebut kerana ia bersesuaian dengan masa yang ada memandangkan jadual mereka yang agak sibuk.

“Tiada apa yang istimewa dengan tarikh ini, cuma saya merasakan ianya adalah waktu yang sesuai, tidak terlalu cepat dan  tidak terlalu lambat.

“Saya memilih bulan Mei kerana pada Jun  depan, jadual bakal suami saya akan lebih padat lagi dengan aktiviti sukannya,” Ujar Lana.

David McKienzie adalah pemain bola tampar Olimpik Amerika Syarikat (AS). Lana dan David mula berkenalan pada Oktober tahun lalu di Singapura.

“Tiada apa yang saya harapkan untuk majlis itu nanti selain ianya berjalan dengan lancar,”. Sumber- Sinar Harian

lana nordin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments