Misi Ke Syria Beri Hikmah Kepada Yatt Hamzah

Pelakon Yatt Hamzah pernah menfailkan cerai kepada suaminya namun ditangguhkan dan diatas doa para peminat semua, Yatt dan suami kini lebih bahagia.

“Sekarang saya sangat gembira dengan suami dan anak saya. Doakan yang terbaik untuk saya, suami dan anak saya. Semuanya dah selesai. Saya selalu doakan yang terbaik untuk kami. Semua orang buat silap, mungkin masa tu saya rasa keliru. Tiada siapa terlepas dari buat silap,” ujar Yatt.

Yatt turut memberitahu, misi kemanusiaan ke Syria telah banyak memberi kesedaran bahawa masalah umat Islam di sana lebih besar berbanding masalah mereka.

“Saya masa tu ada masalah, biasa la kita manusia tidak pernah terlepas dari kesilapan dan bila kita ada masalah, kita akan melenting. Tapi bila saya pergi sana, kecil sangat masalah saya jika hendak dibandingkan dengan masalah mereka disana, dimana mereka berjuang untuk agama kita.

“Saya insaf dan munasabah diri bila disana, saya bertekad Insya-Allah untuk menjadi insan yang lebih baik. Saya mahu jadi isteri terbaik untuk suami saya, ibu yang baik untuk anak saya. Insya-Allah dalam masa akan datang akan tambah lagi ahli keluarga.”

Yatt juga akan terus melakukan kerja seperti biasa dan  melahirkan rasa syukur dengan apa yang dimilikinya sekarang.

“Alhamdulillah saya meneruskan kerja-kerja seperti biasa. Cuma bila balik dari Syria tanggungjawab lebih besar sebab saya dan suami sudah melihat dengan mata sendiri kepayahan dan penderitaan yang ditanggung oleh mereka disana, jauh berbeza dengan apa yang kita hadapi di sini,”

Sumber-Rotikaya.com

yatt hamzah ke syria

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments