Setengah Dekad Astro Arena – Nadi Sukan Malaysia

Astro Arena
Tanggal 26 Mac 2010 menjadi detik bersejarah Astro Arena memulakan siarannya dalam rangkaian siaran televisyen Astro.

Sepanjang lima tahun bersiaran, pelbagai kejayaan dan sejarah yang telah ditempa oleh Astro Arena antaranya liputan menyeluruh dalam sukan temasya seperti Sukan Sea 2011 Palembang, Sukan Sea 2013 Myanmar, Sukan Asia 2010 Guangzhou, Sukan Asia 2014 Incheon, Sukan Komanwel 2010 New Delhi dan Sukan Komanwel 2014 Glasgow.

Tidak ketinggalan beberapa kejohanan tumpuan lain antaranya Piala Thomas dan Uber (2010 dan 2014), ISTAF Super Series (2014 dan 2015), Hoki Piala Dunia Remaja 2014 dan kejohanan Hoki Sultan Azlan Shah.

Astro Arena juga berusaha dalam mengembalikan imej sukan sepak takraw dan badminton tanah air dengan mengambil inisiatif menjadi satu-satunya saluran sukan tempatan yang menyiarkan Sepak Takraw League (STL) yang menjadi revolusi baru sepak takraw tempatan dan juga Kejohanan Badminton Purple League yang mencetuskan satu dimensi baru dalam pembangunan sukan badminton negara.

Selain siaran langsung Liga Malaysia, Astro Arena turut membawakan liputan kejohanan bola sepak antarabangsa yang terkemuka seperti EPL Tour 2011, UEFA Champions League 2013 serta Piala Dunia FIFA 2010 dan 2014 dengan ulasan perlawanan dalam Bahasa Melayu.

Astro Arena kini telah memaparkan lebih daripada 10,000 jam program majalah TV dan berita serta siaran langsung yang membabitkan aksi atlit negara di peringkat tempatan dan antarabangsa.

Saluran Nadi Sukan Malaysia menjadi saluran tumpuan buat para pencinta sukan tanah air apabila pernah mencatatkan rekod membanggakan dengan jumlah tontonan sebanyak 3 juta.

Usaha dan komitmen Astro Arena ini juga menerima pengiktirafan antarabangsa tercalon dalam Association for International Broadcasting (AIB) Award 2013. Selain itu Astro Arena telah memenangi beberapa kategori dalam Anugerah Seri Angkasa 2011, Anugerah SAM 2013 dan Anugerah SAM 2014.

Seiring dengan kemajuan dan peredaran teknologi, Astro Arena terus melangkah ke hadapan dengan meluaskan lagi medium capaian kepada rakyat Malaysia dengan mewujudkan saluran radio atas talian iaitu ‘Radio Arena’, menerbitkan majalah sukan digital pertama di Malaysia iaitu ‘Arena’, menganjurkan permainan dalam talian Liga Super Fantasi/ Piala Malaysia Fantasi dan siaran langsung di dalam platform Astro on the Go.

Pada 8 Oktober 2013, satu lagi sejarah telah tercipta apabila Astro Arena melancarkan saluran percubaan Astro Arena 802 yang bersiaran di dalam format definisi tinggi (HD) bersempena dengan Sukan Sea 2013 Myanmar. Ini membuktikan Astro Arena begitu komited dalam memenuhi keperluan para peminat sukan yang inginkan pengalaman tontonan berkualiti tinggi.

Tirai pada bulan Mac 2015 akan dibuka dengan satu program istimewa iaitu ‘Lensa Harimau Muda’ di mana program ini akan memberi peluang kepada para penonton untuk menyaksikan perkembangan terkini dan sesi latihan pasukan Harimau Muda dalam mempersiapkan diri untuk kelayakan Piala AFC 2015 dan penyertaan mereka dalam Liga Singapura nanti.

Selain itu, program majalah mengenai bola sepak, ‘Sorakan 12’ akan tampil dengan wajah dan konsep baru yang lebih segar dan pertama di Astro Arena apabila bakal menggabungkan elemen sukan dan hiburan dalam suasana yang lebih santai dan menghiburkan.

Para peminat tegar sukan tanah air pastinya teruja untuk menyaksikan musim baru ‘Dengan Izin’ iaitu sebuah program bual bicara hangat yang akan merungkai secara telus topik-topik kontroversi industri sukan yang akan dibincangkan.

Beberapa program baru eksklusif dari Astro Arena bakal menemui para penonton untuk tahun 2015 ini seperti ‘Perantis’. Program realiti pencarian bakat pengacara dan pengulas sukan wanita ini akan memberi peluang kepada rakyat Malaysia khususnya golongan wanita yang berbakat dan mempunyai pengetahuan luas dalam bidang sukan menjadi pelapis baru dalam arena sukan.

Manakala, para penonton yang ingin menambah ilmu dan menyelami sejarah mengenai arena bola sepak tanah air boleh mengikuti program dokumentari terbaru iaitu ‘Cerita Bola Sepak Malaysia’.

Bagi memastikan capaian informasi yang lebih meluas seiring dengan kemajuan teknologi semasa, Astro Arena turut menyediakan platform di laman sosial dan juga laman sesawang bagi memudahkan interaksi di antara para penonton dan Astro Arena.

Ternyata inisiatif ini mendapat sokongan yang menggalakkan apabila jumlah pengikut di laman-laman ini semakin meningkat saban hari.

Teruskan sokongan anda dalam memeriahkan lagi industri sukan tanah air bersama kami di Astro Arena Saluran 801, Nadi Sukan Malaysia.

Dapatkan info sukan terkini dan maklumat lanjut di laman facebook (AstroArenaSaluran801), Twitter (@astroarena), Instagram (arena801) dan juga di laman sesawang rasmi, www.arena.my .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments