Telemovie Adelia Lakonan Dynas Mokhtar & Pekin Ibrahim

Sebuah drama menarik mengisi slot Citra di TV2 bertajuk ‘Adelia’ menemui penonton bermula 24 Mac pada pukul 10.00 malam.

Menampilkan pelakon Dynas Mokhtar, Farahdhiya, Zahiril Adzim, Pekin Ibrahim dan Shahrolnizam.

Cerita bermula apabila Adelia dan Faris betengkar ni tempat letak kereta di pusat membeli belah. Azril kemudian datang meluru kea rah Adelia. Faris pula mengugut mereka untuk membalas dendam di atas apa yang dilakukan Adelia. Seorang pengawal keselamatan member amaran kepada Faris dan Faris terus beredar dari situ.

Azril kemudian bertanya kepada Adelia kenapa Faris bertindak begitu. Adelia pula tidak mahu menceritakan kisah lalunya dan merajuk apabila didesak Azril.

Satu hari Azril keluar bersendirian untuk membeli makanan. Tinggallah Adeia seorang diri di rumahnya. Adelia kemudian telah diserang oleh seorang lelaki. Mulutnya diterkup dan Adelia cuba melawan namun tidak berdaya. Kepala Adelia telah dihantuk dan Adelia meninggal di tempat kejadian.

Polis menyiasat rumah Azril. Pegawai forensik  meneliti cap jari yang terdapat di kawasan rumahnya. Clip Tie berhampiran mayat Adelia ditemui berhampiran dan Inspektor Yasmin mengarahkan agar Azril ditahan reman.

Faris juga ditahan dan terkejut apabila mengetahui Adelia telah dibunuh. Faris disoal siasat dan tidak mengaku bersalah.

Dr. Hasmi terbaca di surat khabar mengenai pembunuhan Adelia. Dr. Hasmi memang mengenali Adelia dan Azril.

Hasil pemeriksaan juga mendapati ada cap jari Faris di dalam rumah dan clip tie.Faris menceritakan dia ada pergi ke rumah Adelia semasa Azril tak ada di rumah dan mengaku mereka ada hubungan sulit.

Inspektor Yasmin kemudian mendesak Faris bercerita mengapa dia bergaduh dengan Adelia sebelu kejadian tersebut. Faris menceritakan dia dan Adelia adalah pasangan kekasih sebelum Adelia berkahwin dengan Azril.

Punca pergaduhannya dengan Adelia adalah disebabkan Adelia telah menipunya. Nama tanah pusaka milik arwah ibu Faris telah ditukar atas nama Adelia tanpa diketahui Faris. Pada hari mereka bergaduh, Faris mengugut jika dia tak pulang kan semula tanah itu dia akan memberitahu segala-galanya tentang hubungan mereka kepada Azril.

Berita mengenai kes pembunuhan tersebut keluar di surat khabar.Dr.Hasmi seorang pakar Psikiatrik yang pernah merawat Azril memberitahu Azril pernah mencuba membunuh ibunya apabila mengetahui ibunya ada hubungan dengan lelaki lain.

Selepas itu Dr. Hasmi berjumpa Azril beberapa kali ketika menerima rawatan dan Azril menghilangkan diri.

Inspektor Ziana menyoal siasat Azril pula. Dia bertanyakan ke mana Azril pergi ketika malam kejadian itu. Azril memberitahu dia pergi membeli makanan di sebuah kedai makan berhampiran dengan rumahnya. Inspektor Yasmin terus pergi ke kedai makan itu dan bertanya dengan pemilik kedai itu pada malam kejadian pukul berapa Azril datang ke kedai itu membeli makanan. Pemilik kedai berkata dia telah menelefon dahulu pada pukul 9 malam untuk menempah makanan kerana selalunya dia akan berbuat demikian. Dan lebih kurang dalam masa sejam baru datang dia mengambil makanan itu.

Inspektor Yasmin mengesyaki sesuatu dan Azril di tahan sekali lagi.  Dia dibawa ke hospital untuk pemeriksaan. Selepas pemeriksaan Azril didapati masih waras.

Apakah sebenarnya yang berlaku pada malam kejadian tersebut? Siapakah yang sebenarnya membunuh Adelia? Ingin tahu kesudahan jangan lupa saksikan ‘Adelia’ hanya di TV2 pada jam 10.00 malam di Slot Citra. Selamat menonton.

sumber- budiey.com

pekin ibrahim

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments