Ziana Zain, Ning Baizura & Norynn Aziz Jayakan Minggu Setiausaha di KL dan Johor

Ziana Zain, Ning Baizura & Norynn Aziz Jayakan Minggu Setiausaha Queen Of The City | Sempena dengan Minggu Setiausaha yang akan diadakan di hotel Shangri La Kuala Lumpur & Persada Convention Centre, Johor Bahru,  tiga penyanyi popular akan membuat persembahan iaitu Ziana Zain, Ning Baizura dan Norynn Aziz.

Pastinya kolaborasi mereka bertiga cukup hebat kerana masing-masing memiliki vokal tersendiri.

Ini merupakan kolaborasi pertama kali apabila mereka berkongsi pentas yang sama.

Tajuk : MINGGU SETIAUSAHA QUEEN OF THE CITY
Tarih : 9 & 25 APRIL 2015
Masa : 12 TENGAH HARI
Tempat : HOTEL SHANGRI LA, KUALA LUMPUR & PERSADA CONVENTION
CENTRE, JOHOR BAHRU
Pihak penganjur : SWITCH ON ENTERTAINMENT SDN BHD

Foto : ZianaZain Ventures
Foto : Fb ZianaZain Ventures

Kedua tempat tersebut dipilih kerana dilihat sebagai venue yang berpotensi dalam meraikan setiausaha.

Johor juga dipilih kerana mampu menarik peminat dan golongan setiausaha dari Singapura.

Pengarah Urusan Switch On Entertainment Sdn Bhd, Ritz Taher melahirkan rasa syukurnya apabila dapat mengadakan acara tahunan ini dibawah mereka.

Ritz  turut memberitahu hasratnya untuk menaikkan nama artis tempatan.

 “Ini merupakan kali pertama syarikat kami mengadakan Minggu Setiausaha. Tema Diva Malaysia Live: Queen Of The City dipilih kerana kami melihat kriteria tersendiri yang terdapat pada tiga penyanyi yang menjadi pilihan kami serta peminat. Ning Baizura, Ziana Zain dan Noryn Aziz, nama yang cukup besar sebagai penyanyi tanah air dan mempunyai gaya auntentik dan tersendiri. Melihatkan mereka mempunyai peminat yang cukup setia sepanjang perjalanan karier mereka, kami rasa mereka memang ratu di hati peminat-peminat,” ujar Ritz yang menubuhkan Switch On Entertainment Sdn Bhd bersama empat orang rakan baiknya pada awal tahun ini..

Switch On Entertainment Sdn Bhd juga turut memilih dua artis iaitu Ifa Raziah dan Syarifah Shahira sebagai hos majlis.

“Ifa Raziah dan Syarifah Syahira dipilih berdasarkan kepetahan mereka dan kami mahu mengangkat wajah-wajah baru dalam Minggu Setiausaha. Malah kedua hos utama ini juga dipilih kerana mempunyai unsur-unsur Diva dalam karakter mereka,” – Ritz

Bagi mereka yang berminat untuk menyaksikannya, boleh membeli tiket dengan harga :

Platinum –RM750+ (setiap seorang)
RM7500+ (satu meja, 10 orang)

Gold – RM650+ (setiap seorang)
RM6500+ (satu meja, 10 orang)

Silver – RM550+ (setiap seorang)
RM5500+ (satu meja, 10 orang)

Bronze – RM450+ (setiap seorang)
RM4500+ (satu meja, 10 orang)

*potongan 5% diberikan untuk pembelian awal
*pembeli PLATINUM akan berpeluang untuk sesi Meet & Greet bersama artis-artis
*terdapat cabutan bertuah eksklusif serta hadiah Best Dress yang berharga RM25,000.

Untuk tempahan tiket, boleh menghubungi Lena dan Mia di nombor +603 9171 0973 / +603 9171 0940 / +6013 374 9126 / +6018 203 6811

sumber – Budiey.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments