Zulin Aziz Tampil Dengan Imej Bertudung

Seorang lagi pelakon dan juga pengacara, Zulin Aziz kini mengambil langkah memenuhi tuntutan agama apabila mula bertudung.

Zulin memuatnaik gambarnya bertudung di lama Instagramnya berserta kapsyen :

“Buka buku baru.semoga lebih baik dr yg sebelumnya.doakan saya ya,” tulis Zulin ringkas.

Dipetik dari Media Hiburan, Zulin mengakui dirinya kini telah bertudung sepenuhnya.

“Betul saya kini telah berhijab. Tidak ada sebab tertentu cuma ia atas kesedaran diri sendiri. Lagi pula apabila sudah berhijab pada saya ia bukan halangan untuk meneruskan kerjaya seni. Tinggal lagi cara kita untuk menjaga perilaku diri.

“Dalam masa yang sama, perubahan saya ini juga bukan atas kehendak orang lain atau trend semasa tetapi ia lebih kepada tuntutan agama.”

Tahniah hyebro ucapkan kepada Zulin. Pasti peminat-peminat gembira akan perubahan ini.  Semoga Zulin terus suksess dalam bidang yang diceburi. sumber-Media Hiburan

zulin aziz bertudung
zulin aziz bertudung

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments