Amar Baharin Cedera Ditumbuk

Amar Baharin Cedera Ditumbuk
Amar Baharin mengalami cedera di bahagian kening akibat ditumbuk ketika menjalani penggambaran drama Jalan Cinta Ke Syurga.

Kejadian berlaku ketika dia bersama 10 pelakon tambahan berlakon dalam babak aksi dan ketika penggambaran berlangsung, dia terkena tumbukan daripada salah seorang daripada mereka.

Menurut kenyataan Amar kepada mSTar Online,

Ketika kami sedang berlawan, saya tidak sempat untuk menepis tumbukan lawan saya. Tetapi masa itu saya tak rasa sakit.

Dua jam selepas kejadian barulah saya ke Hospital Pakar KPJ Rawang untuk mendapatkan rawatan dan doktor memberitahu luka saya agak dalam dan ia perlu dijahit

Bagaimanapun beliau meminta doktor tidak menjahit luka tersebut sehinggalah dia selesai menjalani penggambaran drama arahan Rashid Sibir itu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments