Dunia Generasi Baru TV9

Pelakon Dunia Generasi Baru TV9
Dunia Generasi Baru membawakan kisah 6 remaja Norelle, Zuhal, Zahra, Rik, Siska, dan Aman yang mempunyai perangai dan kerenah mereka tersendiri yang kemudiannya bakal disatukan dan disulam dengan nilai persahabatan yang pasti membuatkan para penonton terhibur dan menantikan drama bersiri hebat ini.

Drama ini mempertaruhkan barisan pelakon muda seperti Kaka Azraff, Ben Amir, Zahirah Macwilson, Fadlan Hazim, Natasha Elyzza, dan Erwin Dawson.

Ianya akan bersiaran setiap Khamis, jam 8.30 malam mulai 16 April 2015 eksklusif di TV9.

Sebermula drama bermula, para penonton bakal melihat variasi personaliti dan kisah yang terpendam di dalam setiap watak.

Norelle (Kaka Azraff) merupakan seorang gadis lincah dan keanak-anakkan yang mudah bergaul dan sering menjadi pendengar dan penasihat yang baik. Oleh sebab itulah, kadangkala Norelle terpaksa memuaskan hati semua pihak sehingga dia terpaksa mendedikasikan kebanyakan masanya untuk menyelesaikan masalah-masalah orang sekelilingnya.

Aman (Erwin Dawson) pula sentiasa cuba berlagak ‘cool’ walaupun tindak-tanduknya selalu membuatkan orang lain salah faham. Watak Aman juga seorang yang lucu dan gemar menadakan perbualannya dengan cara ‘rap’.

Aman sebilik dengan Zuhal (Ben Amir) seorang jejaka tampan dan dimanjakan dengan kemewahan keluarganya. Walaupun mudah marah, mereka berjaya menjadi sahabat rapat terutama Rik (Fadlan Hazim). Rik mempunyai kisahnya yang tersendiri dan agak misteri dan akan dikupas dari episod ke episod.

Penonton juga akan diperkenalkan dengan watak Zahra (Zahirah Macwilson), gadis manis dari keluarga yang sederhana yang pada mulanya bermusuh dengan Norelle namun kemudian menjadi sahabat rapat begitu juga Siska (Natasha Elyzza) anak bintang rock yang cuba lari daripada perhatian orang ramai dan enggan menggunakan ayahnya sebagai kelebihan yang ada.

Penuh dengan cabaran, enam orang remaja ini terpaksa berhadapan dengan masalah masing-masing dalam menempuh alam universiti dan mempertahankan persahabatan mereka. Namun tiada jalan mudah kerana semakin banyak konflik sukar yang menemui mereka.

Rik bakal jatuh hati dengan Zahra walaupun pada mulanya dia hanya menjadikan itu sebuah pertaruhan untuk mendapatkan vespa milik Zuhal. Zuhal pula bakal tergamam mengetahui dia mempunyai pertalian dengan Zahra. Manakala Norelle akan terhimpit di dalam semua situasi yang menimpa rakan-rakannya serta Aman yang bakal berubah untuk menjadi remaja popular.

Saksikan kehidupan remaja penuh warna-warni dalam drama bersiri di slot Aurora: Dunia Generasi Baru mulai 16 April ini, setiap Khamis, 8.30 malam eksklusif di TV9.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments