Farawahida Tampil Bertudung

Farawahida Tampil Bertudung | Sudah lama tak dengar berita tentang penyanyi Farawahida. Namun baru-baru ini menerusi akaun Instagram miliknya, Farawahida telah memuat naik beberapa keping gambarnya yang kini mula bertudung.

Farawahida juga turut membuat persembahan pentas dengan imejnya itu.

Memetik dari Media Hiburan Online, Farawahida bagaimanapun belum bersedia menceritakan tentang perkara tersebut.

“Insya-Allah doakan. Setakat ni saya tak mahu komen pasal imej saya ini,” Ujarnya.

Katanya lagi, apabila tiba masa yang sesuai, Farawahida akan memberi penjelasan kepada media dan peminatnya.

Apapun tak sabar tunggu penjelasan darinya nanti. Jika benar, pasti ramai peminat gembira dengan perubahan ini dan semoga Farawahida bahagia sentiasa bersama suami tersayang.

farawahida bertudung

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments