Kisah Pembunuhan Dalam Telemovie Jalan Pintas

Sebuah telemovie menarik bakal disiarkan di TV2 bertajuk JALAN PINTAS. Akan bermula pada 24 April ini jam 2.00 petang. Menampilkan pelakon Amran Ismail, Arman Graseka, Farid Amirul dan Wan Nor Azlin.

JALAN PINTAS merupakan kisah yang membongkar misteri pembunuhan seorang lelaki yang tidak dikenali.

Halim, seorang ahli perniagaan yang sentiasa sibuk. Hari-hari yang dilaluinya penuh dengan mesyuarat yang perlu dihadirinya. Dalam minggu tersebut, ada dua mesyuarat terpaksa dihadirinya dan kedudukan tempatnya 300km jauh dari tempat tinggalnya.

Buat pertama kali, Halim telah pergi ke sebuah pekan kecil. Atas nasihat rakannya, dia telah melalui jalan pintas namum dia tersalah masuk dan memasuki sebuah jalan kecil yang membawanya ke sebuah ladang getah.

Menyedari akan dirinya yang tersesat, Halim cuba menghubungi rakannya namun gagal kerana tiada liputan di tempat tersebut. Memandangkan hari sudah gelap, Halim meminta bantuan dari sebuah banglo usang yang ada disitu. Semasa bergerak kearah banglo itu, Halim terdengar bunyi jeritan namun jeritan itu kemudian hilang.

Halim bergerak perlahan kea rah rumah tersebut dan melalui tingkap, Halim ternampak seorang lelaki mengheret mayat yang berlumuran darah.

Halim yang melihat berasa terkejut dan melangkah untuk berundur namun Halim terlanggar sebuah ting kosong menyebabkan lelaki itu terhenti dan menoleh. Halim menyedari dirinya baru sahaja menyaksikan satu pembunuhan segera melarikan diri. Halim segera masuk ke dalam kereta dan mengambil telefon untuk membuat panggilan namun kepalanya tiba-tiba diketuk dan dia pengsan.

Sebaik tersedar, Halim mendapati dirinya telah diikat dan di depannya ada seorang lelaki. Halim cuba memberitahu dia tersesat dan tidak tahu apa yang berlaku. Halim merayu supaya dilepaskan namun tidak diendahkan oleh lelaki tersebut yang bernama Saad.

Halim kini berdepan dengan maut. Dia perlu mencari jalan untuk menyelamatkan dirinya. Pada masa yang sama, isteri Halim berasa ada yang tak kena kerana suaminya tidak pulang dan membuat laporan polis.

Siapakah Saad yang sebenarnya? Mengapa dia melakukan pembunuhan tersebut? Dapatkah Halim melepaskan diri atau dia juga akan menjadi mangsa pembunuhan?

Ingin tahu kesudahan telemovie ini, jangan lupa saksikan JALAN PINTAS  pada 24 April ini hanya di TV2. Selamat menonton.

sumber-budiey.com

amran ismail dalam telemovie jalan pintas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments