Lagu Tema Pilot Cafe – Untuk Cinta

Hafiz Suip dan Adira
Empat tahun lalu peminat industri muzik Malaysia telah dilanda satu fenomena gara-gara lagu tema utama filem Ombak Rindu yang dipopularkan oleh penyanyi Hafiz dan Adira mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan.

Lagu alunan romantis itu bukan sahaja berjaya meninggalkan kesan mendalam di hati peminat malah ia turut mendominasi carta-carta muzik di Malaysia.

Kini, Hafiz dan Adira dipertemukan kembali menerusi lagu baru berjudul ‘Untuk Cinta’ yang juga merupakan lagu tema utama filem romantis hasil adaptasi novel karya Ahadiat Akashah, Pilot Cafe.

Lagu bergenre balada ini menerima sentuhan yang sama oleh Nurzaidi Abd Rahman yang juga merupakan pencipta lagu Ombak Rindu empat tahun lalu.

Lagu ini diangkat sebagai lagu tema utama filem Pilot Cafe kerana liriknya berkisar tentang percintaan yang menuntut pengorbanan dan kesetiaan.

Menurut pencipta lagu, inspirasi menghasilkan lagu ini datang selepas beliau diberikan skrip penuh dan menonton terlebih dahulu filem Pilot Cafe untuk menghayati jalan cerita dan watak di dalamnya.

Beliau juga turut berbincang dengan Osman Ali dalam menghasilkan lagu tema ini agar ia sesuai dengan jalan cerita filem Pilot Cafe.

Lagu ‘Untuk Cinta’ turut diterjemahkan dalam sebuah muzik video yang dirakam di Muzium TUDM, Sungai Besi, Kuala Lumpur pada bulan Mac lalu.

Menariknya, muzik video ini diarahkan oleh pengarah yang sama dari muzik video Ombak Rindu iaitu Sharad Sharan.

Menurut Sharad Sharan, pengambaran muzik video ini mengambil masa tidak melebihi 8 jam dan beliau akui itu adalah satu cabaran yang hebat.

Manakala konsep muzik video ini yang berlatarkan tema filem cukup mudah untuk direalisasikan oleh produksi memandangkan beliau telah berbincang dan menerangkan tentang mesej yang ingin disampaikan.

Istimewanya, antara babak menarik menerusi filem Pilot Cafe turut diselitkan dalam muzik video ini. Hasil akhir muzik video ini diyakini mampu meruntun hati para penonton.

Ini terbukti apabila muzik video yang dilancarkan di HLive pada 30 Mac 2015 lalu menerima reaksi positif di laman sosial. Malah sejak dimuat naik pada 25 Mac 2015 lalu di laman sosial YouTube, ia sudah ditonton melebihi 10 ribu tontonan dalam masa satu minggu.

Astro Shaw Untuk Cinta

Bagi peminat di luar sana yang ingin mengabadikan ‘Untuk Cinta’ sebagai nada dering, anda boleh turuti langkah muat turut berikut:

Maxis – dial *131*449223# dan hantar
Celcom – dial *888*239005# dan hantar
DiGi – dial *233*2600028# dan hantar

Selain itu mereka boleh mengundi lagu ‘Untuk Cinta’ dimainkan lebih kerap di stesen radio.

Sementara itu, nantikan filem Pilot Cafe yang akan mula menemui para penonton di layar perak pada 30 April 2015. Untuk maklumat lanjut, serta info dan gambar eksklusif di balik tabir muzik video ini, sila layari www.facebook.com/AstroShaw atau follow @AstroShaw di Twitter dan Instagram

Lirik Lagu ‘Untuk Cinta’

Penulis dan Komposer : Nurzaidi Abd Rahman
Penyanyi : Hafiz & Adira

Kau tunjukkan aku
yang memangnya tak pernah tahu
erti cinta sebenarnya
dari jiwa
bukan hanya dari mata

Kau ajar hatiku
kasih setulus seikhlasnya
tak pernah mengalah
walaukan terpisah
sedikit pun tak berubah

Namun
takkan menjadi milikiku
cinta bukan tercipta untukku

Tolong jagalah dirinya buat diri ku
jangan biar luka lagi hatinya
yang amat ku cinta
yang milik engkau saja

Biar ku simpan semua kasih dan cinta

Akan ku pendamkan sepanjang nyawa
hingga tiba masa
untuk aku bercinta semula

Selamat tinggal kasih
aku kan pergi bawa diri
yang telah rela
dan mengerti oh

Dan di sini saja
berakhirnya sebuah kisah
cinta bertepuk sebelah
terpaksalah
ku terima
tentuan nya oh…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments