Lawak Ke Der 2015 Di Istana Budaya

Lawak Ke Der Di Istana Budaya  | Lawak Ke Der adalah sebuah persembahan komedi yang popular pada tahun 2012. Kini Lawak Ke Der 2015 akan dipersembahkan selepas Lawak Ke Der?, Lawak Ke Der 2, dan  ‘Lawak Ke Der 3′.

Antara pelawak yang pernah membuat adalah Johan, Zizan, Kumpulan Osbon, Harun Salim Bachik, Ahmad Nabil dan Kumpulan Jambu.

Bagi tahun 2015 ini, para penonton akan dihiburkan dengan persembahan pelawak seperti Harith Iskander, Afdlin Shauki, Douglas Lim, dan Bocey.

Lawak Ke Der 2015 juga akan menampilkan muka baru Rayza Mukmin.

Lawak ke Der 2015 akan diadakan di  Istana Budaya pada 16 April sehingga 19 April ini.  Harga tiket untuk meyaksikan Lawak Ke Der adalah RM56, RM86, RM126, RM156 dan RM176.

Sempena dengan promosi istimewa, setiap pembelian tiket Lawak Ke Der 2015 DAN Teater Baik Punya Cilok sebelum 1 April 2015 akan diberikan diskaun sebanyak 20% setiap persembahan.

Pembelian tiket boleh dibuat di www.ticket2u.biz dan di kaunter Box Office Istana Budaya.  Bagi sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian 03 4147 8600

Sumber-budiey.com

lawak ker der 2015

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments