Perginya Seorang Sahabat – Azwan Annuar

Masih terkejut dengan berita yang diterima awal pagi tadi,

Whatsapp diterima dari rakan media tentang pemergian seorang sahabat paling ceria dan rapat dengan media terutama media hiburan, begitu jua dengan HyeBro!

Tanpa beliau, HyeBro! mungkin kekurangan cerita untuk dikongsikan.

Arwah disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung mengejut lebih kurang pukul 10 pagi (18 April 2015) dan jenazahnya dikebumikan selepas Zohor di Masjid Al Faizin Desa Jaya, Kepong.

Selain membuat PR beliau juga ada berlakon dalam beberapa filem arahan Mamat Khalid dan dikenali dengan dialog “Sabor je laaaa..” dari beliau.

Dalam dunia media hiburan, kebanyakan wartawan dan blogger memang selesa berurusan dengan beliau. Layanan yang diberikan tidak pernah mengecewakan.

Nak cakap lebih, Bro hanya banyak bersembang dengan beliau di laman sosial. Mengusik beliau dan arwah sendiri selalu juga mengusik Bro.

Apa-apa pun terima kasih sahabat dan terima kasih Allah SWT yang meminjamkan dia buat sementara kepada Bro. Al-fatihah buat arwah.

Bicara Bro : Kali terakhir berjumpa beliau sewaktu event bersama Wawa Zainal sebelum Bro flight ke Pulau Pinang.

Seronok bersembang dan meluangkan lebih masa waktu itu dengan arwah.

Ruby Azwan Annuar

Disini, Bro ingin berkongsi luahan dari salah seorang rakan blogger – RubydotMY dan beliau yang sebenarnya memperkenalkan Bro dengan Arwahyarham Azwan Annuar

Buat rakan-rakan blogger/media yang pernah join event dan tayangan perdana filem bersama Azwan Annuar. Mohon doakan kesejahteraan dan maafkan salah silap abang wan ye.

Kelu tak terkata hari ni. Sahabat, abang, saudara, teman, rakan seperjuangan dah pergi meninggalkan ruby selamanya. Siapa lagi yang akan sentiasa ada untuk support ruby lepas ni. Siapa lagi nak bagi kata-kata positif. Siapa lagi nak percaya dengan kebolehan ruby. Siapa lagi nak anggap ruby macam adik yang sentiasa ada abang yang sedia untuk menegur dan mengajar. Siapa lagi nak bawa ruby gi event.

Abang Azwan annuar kenapa tinggalkan ruby. Ruby tahu ini urusan Allah s.w.t. Ruby menangis macam mana pun, abang wan dah tak ada. Terima kasih untuk bantuan, ilmu, tips, jemputan media, layanan VVIP, carpool dan sokongan abang selama hari ini. Terima kasih abang wan.

Dari abang wan ruby kenal ramai rakan media yang tidak kisah untuk membantu. Kawan abg wan, kawan ruby juga. Abang wan tak letak pun apa-apa kriteria untuk ruby jadi blogger yang bagaimana.

Maafkan ruby jika ada salah dan silap. Gurauan kita, hanya kita je yang faham. Semoga abang wan tenang disana. Innalillahiwainnalillahirojiun. Ruby sayang abang wan sampai bila-bila. Kata-kata positif abang wan ruby simpan sampai bila-bila. ‪#‎azwanannuar‬ ‪#‎friendshipforever‬

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments