#PulihkanHarapan – Paparan Kisah Benar Mangsa Banjir Besar

#PulihkanHarapan - Paparan Kisah Benar Mangsa Banjir Besar di Kelantan, Terengganu dan Kedah
Penonton Berita TV9 berpeluang untuk menyelami paparan kisah benar mangsa banjir besar di Kelantan, Terengganu dan Kedah berusaha membina semula kehidupan mereka selepas kemusnahan akibat bencana alam itu.

Menerusi laporan khas bersiri, #PulihkanHarapan, Berita TV9 menghantar wartawan dan krew ke kawasan yang teruk dilanda banjir bagi merakamkan kerja-kerja pemulihan dan pembinaan semula kediaman di perkampungan yang musnah sepenuhnya.

Lebih 100,000 keluarga hilang tempat tinggal dan harta benda apabila banjir luar biasa menenggelamkan Bandar Kuala Krai dan perkampungan sekitarnya termasuk Manik Urai, Dabong serta daerah lain termasuk Tanah Merah dan Gua Musang di Kelantan pada 26 Disember 2014.

Siri laporan khas ini adalah idea Ketua Pengarang Berita TV9, Wan Sabariah Shikh Ali, selepas mengadakan dua misi bantuan kemanusian membantu mangsa banjir pada Januari dan Mac 2015.

Segmen #PulihkanHarapan mula disiarkan pada 7 Mac 2015 dengan tiga laporan Mohd Fauzi Mad Zin dari Kem Desa Sakinah Kuala Krai. Laporan ini diteruskan lagi oleh wartawan Amin Hayat Abd Rahim dan jurukamera Bakhtiar Benyamin, yang meninjau pedalaman Kuala Krai dan Gua Musang pada 18 hingga 23 Mac lalu.

Jangan lupa saksikan #PulihkanHarapan setiap Sabtu & Ahad, bermula 4 April 2015 (di dalam Berita TV9).

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments