Sam Bunkface Bakal Nikah 25 April Ini

Sam Bunkface Bakal Nikah 25 April Ini  | Memetik berita dari Mstar Online, vokalis kumpulan Bunkface, Sam bakal mendirikan rumahtangga dengan pasangannya, Aida Azira, penerbit program TV3 pada 25 April ini.

Majlis pernikahan mereka akan diadakan  di Dewan Sapura Building, The Mines.

“Saya akan melangsungkan perkahwinan dalam masa tiga minggu sahaja lagi dan sekarang persiapan sedang dijalankan, Alhamdulillah semua berjalan lancar. Majlis yang diadakan di Dewan Sapura Building merupakan majlis akad nikah dan resepsi pihak lelaki.”

Sam turut berkata, majlis pernikahan mereka akan diadakan secara sederhana dan turut berkongsi perasaannya.

 “Pihak kami sekeluarga membuat majlis ini secara kecil-kecilan dan bersederhana. Hanya rakan-rakan terdekat dan ahli keluarga bakal memeriahkan majlis ini,”

“Saya tidak pernah berkawin sebelum ini tapi apa yang dapat saya katakan perasaan saya bercampur-campur.

“Kadang-kadang ada perasaan gemuruh dan bila difikirkan semula rasa gembira kerana umur macam saya sepatutnya sudah ada anak kecil dan mungkin inilah masa yang tepat untuk memulakan kehidupan baru,” Ujarnya.

Majlis resepsi sebelah perempuan akan diadakan pada 2 Mei di Masjid Tanah Melaka. Sam dan Aida telah mengikat tali pertunangan pada 6 Oktober lalu.

sam bunkface bakal nikah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments