Shaheizy Sam Bintang Paling Popular ABPBH 2014

Shaheizy Sam Bintang Paling Popular ABPBH 2014
Shaheizy Sam membuktikan dia masih menjadi pilihan peminat apabila kembali merangkul trofi Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014 (ABPBH 2014) dengan undian tertinggi sebanyak 265,703 undi.

Ia adalah kemenangan ketiga buat pelakon itu selepas memenangi anugerah sama pada 2010 dan 2012.

Pada majlis itu juga, Shaheizy turut membawa pulang trofi menerusi kategori Pelakon Filem Lelaki Popular pada acara yang diadakan di Arena of Stars, Genting Highlands, Pahang pada malam Ahad.

Kemenangan itu membolehkannya membawa pulang hadiah berupa trofi dan sebuah kereta Toyota Camry Hyrid sumbangan UMW Toyota Motors.

Tahniah Shaheizy Sam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments