Sharnaaz Ahmad Punyai Sebab Berjambang

Sharnaaz Ahmad Berjambang
Sharnaaz Ahmad mempunyai sebab kenapa beliau berjambang walaupun ada pihak yang mempersendakan langkah itu kononnya cuba meniru personaliti fesyen, Wak Doyok.

Beliau simpan jambang bukan untuk suka-suka tetapi atas dasar kerja sebagai seorang pelakon untuk menjayakan telefilem Hidupku Solatku Matiku.

Bagaimanapun beliau akan mengambil langkah mencukur jambang tersebut sekiranya tidak sesuai untuk watak yang bakal dibawa untuk projek seterusnya.

Mengenai telefilem Hidupku Solatku Matiku arahan Raja Ahmad Alauddin, Sharnaaz memberitahu ia turut dibintangi Fasha Sandha dan Puteri Balqis.

Ia bakal ditayangkan di Astro Oasis tidak lama lagi.

Dalam pada itu, bercerita mengenai sesetengah pihak yang cuba samakan jambangnya dengan Wak Doyok, Shanaaz melahirkan rasa kecewa kerana ramai lagi ikon jambang yang boleh dijadikan contoh.

Dia juga sudah malas nak ambil peduli kerana jambang yang disimpan itu hanya untuk watak dalam sebuah lakonan dan ia tiada kaitan dengan mana-mana individu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments