Sinopsis Pilot Cafe

Filem Pilot Cafe
Filem Pilot Cafe arahan Osman Ali membariskan pelakon handalan seperti Fahrin Ahmad, Izara Aishah, Neelofa, Remy Ishak, Keith Foo, Datuk Eizlan Yusof dan ramai lagi.

Ianya akan mula ditayangkan di seluruh Malaysia pada 30 April 2015.

Sinopsis Pilot Cafe

Pilot Café mengisahkan tentang kehidupan seorang juruterbang iaitu Ameer Reza (Fahrin Ahmad) yang mempunyai sikap suka berfoya-foya dan kemudiannya insaf setelah dia kehilangan orang tersayang.

Ameer membuka sebuah café yang diberi nama Pilot Café. Di situlah takdir menemukannya dengan seorang gadis kampung, Maya (Izara Aishah) yang ketika itu sedang diburu oleh bapa ayam. Ameer mengambil keputusan untuk membantu Maya dengan harapan dia dapat menebus kekhilafan lalu. Niat yang mulanya hanya ingin membantu akhirnya berubah menjadi sebuah cinta.

Di saat bahagia mula terukir, wanita yang Ameer cintai, Sharmila (Neelofa) muncul bersama seorang anak kecil. Ameer mula dihimpit rasa bersalah.

Sementara itu, teman lelaki Maya, Rashid (Remy Ishak) kembali menuntut haknya ke atas Maya.

Apakah yang akan terjadi selepas itu? Mampukah Ameer Reza mengecapi kebahagiaan atau dia sememangnya tidak layak merasai cinta atas hukuman dari dosa-dosa silamnya?

Trailer Pilot Cafe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments