Ustaz Kazim Rakam Album Nasyid

ustaz kazim

Ustaz Kazim Rakam Album Nasyid | Penceramah terkenal, Datuk Mohamad Kazim Elias yang mengambil keputusan untuk tidak menyertai program ceramah di televisyen sedang dalam proses menghasilkan sebuah album nasyid.

Kata Ustaz Kazim, album tersebut berkonsepkan kekeluargaan dan ketuhanan. Beberapa lagu lama yang dinyanyikan oleh Orkes El-Suraya juga akan diberi nafas baru.

“Album ini mendapat sentuhan daripada kumpulan nasyid, Inteam. Berkemungkinan besar bulan depan saya akan masuk studio untuk rakaman dan album ini akan berada di bawah label Inteam Record,” Ujarnya. – Dipetik dari Sinar Harian.

Jelas Ustaz Kazim lagi, kehidupannya lebih tenang selepas tidak lagi terlibat dengan ceramah di televisyen.

Ustaz Kazim juga kini mengfokuskan kepada Pusat Pendidikan Al Barakah iaitu pusat pendidikan Islam yang terletak di Manjoi yang mana beliah adalah pengasas dan ketua, dan ceramah di luar televisyen.

Sumber-Sinar Harian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments