Drama Emak Pungut Sempena Hari Ibu

Drama Emak Pungut Sempena Hari Ibu | Sempena dengan Hari Ibu yang akan tiba pada 10 Mei ini, Radio Televisyen Malaysia ( RTM ) akan menyiarkan sebuah drama bertajuk EMAK PUNGUT menerusi saluran TVi.

Drama ini akan disiarkan pada 10 Mei, jam 9.00 malam. Menampilkan lakonan hebat Elly Mazlein, Zamarul Hisham, Khaty Azian dan Ezlisa Loy.

EMAK PUNGUT mengisahkan perjalanan hidup Rubiah yang berlaku 28 tahun yang lalu ketika kematian suaminua. Rubiah yang tidak bekerja dan menanggung anak perempuannya yang berusia 7 tahun bernama Raudhah hilang punca hidup. Rubiah dan anaknya dihalau keluar dari rumah sewa mereka setelah gagal membayar sewa rumah tersebut.

Rubiah membawa anaknya ke hentian teksi dan menipu anaknya  dengan memberitahi mereka akan ke rumah saudara mereka namun Rubiah mengambil keputusan meninggalkan Raudhah di hentian tersebut. Raudhah yang melihat emaknya pergi meninggalkannya menangis sambil memanggil-manggil emaknya.

Setelah 28 tahun berlalu, Rubia kini berada di rumah kebajikan. Kerana rindu Rubiah kadangkala berlari keluar sambil memangil anaknya.

zamarul hisham

Suatu hari, Mak Cik Rubiah berlari keluar dari pusat jagaan tersebut. Suhada pula terlepas pandang. Ketika sedang melintasi jalan raya, Mak Cik Rubiah telah dilanggar oleh Azam yang sedang memandu sambil berbual di telefon. Akibatnya Mak Cik Rubiah jatuh tergolek.

Suhada yang menyedari Mak Cik Rubiah tiada di katil mencari Mak Cik Rubiah dan terkejut melihat Azam meriba Mak Cik Rubiah yang terbaring. Mereka segera membawanya ke hospital. Mak Cik Rubiah kemudian dibenarkan pulang selepas 2 hari ditahan wad. Suhada kemudian menceritakan tentang Mak Cik Rubiah kepada Azam.

Azam kemudian mengajak Mak Cik Rubiah tinggal dengannya memandangkan dia telah kematian ibu bapa sejak kecil.

Pertemuan Azam dan Suhada pula menimbulkan rasa cemburu Raudhah. Raudhah menuduh Azam berlaku curang. Kedatangan Mak Cik rubiah ke rumah mereka pula menimbulkan rasa kurang senang kerana masih mengingati wajah emaknya yang pernah meninggalkannya dulu.

Layanan Raudhah terhadap Mak Cik Rubiah jelas menunjukkan rasa bencinya. Raudhah dengan sengaja memasak lauk kampung kegemaranya dan menghidangkan kepada ahli keluarganya. Tetapi untuk Mak Cik Rubiah, dia hidangkan bersama nasi yang berkerak. Mak Cik Rubiah mula mengesyaki Raudhah itu anaknya.

ezlisa loy

Mak Cik Rubiah kemudian mengambil peluang untuk menyelongkar bilik Raudhah dan mencari bukti Raudhah itu anaknya. Kejadian tersebut disedari Arissa. Rubiah yang panic member alasan sedang mengemas bilik. Namun Raudhah yang pulang menuduh Rubiah sengaja menyelongkar untuk mencuri.

Mak Cik rubiah kemudian dihalau keluar. Apakah yang terjadi seterusnya? Adakah Raudhah akan terus membenci ibunya sendiri?

Jangan lupa saksikan kesudahan drama  EMAK PUNGUT pada 10 Mei ini hanya di TVi.

sumber- budiey.com

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments