Hafiz Hamidun Kembang Empayar di Luar Negara

Hafiz Hamidun
Hafiz Hamidun mengambil langkah besar memperluaskan empayar perniagaan syarikat rakamannya iaitu Arteffects Sdn Bhd di Kaherah, Mesir dan Berlin, Jerman.

Bagi beliau, sudah tiba masanya untuk dia mengembangkan syarikatnya itu sebagai pengeluar produk muzik kerohanian secara antarabangsa memandangkan pasarannya cukup luas.

Keberanian beliau yang ingin memasuki pasaran antarabangsa bermula apabila melihatkan sebuah syarikat rakaman yang mengeluarkan produk muzik kerohanian iaitu Awakening Records berjaya memecah pasaran muzik dunia.

Beliau turut merancang untuk menerbitkan album beberapa bakat baharu iaitu Mostafa Atef, dari Mesir, Issam Bayan (Jerman) serta seorang lagi dari Singapura.

Tahniah kami ucapkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments