Malam Tayangan Promosi Filem – Chowrasta

Malam Tayangan Promosi Filem – ChowrastaFakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA), Universiti Teknologi MARA (UiTM) akan menganjurkan Malam Tayangan Promosi Filem “Chowrasta” pada 10 Jun 2015 bertempat di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC), UiTM Shah Alam.

Projek tayangan filem ini merupakan penilaian akhir pelajar Semester 6 Program Pengurusan Industri Kreatif. Ia juga merupakan sebahagian daripada program Minggu KaryaOne anjuran FiTA yang menawarkan pelbagai aktiviti akademik seperti wacana, bengkel, seminar dan persembahan; termasuk penayangan hasil-hasil kreatif pelajar FiTA.

Menurut pengarah filem tersohor merangkap Dekan FiTA, Dato’ Professor A. Razak Mohaideen,

Malam tayangan promosi filem ini memberi peluang kepada pelajar mendapatkan pengalaman hand-on di samping dijadikan projek penilaian beberapa subjek di FiTA. Melalui tayangan promosi filem ini akan membantu pelajar mendalami ilmu penganjuran pengedaran dan pemameran filem menerusi tayangan filem tersebut.

Selain daripada itu buat julung kalinya dalam sejarah di Universiti Teknologi MARA (UiTM) menganjurkan Malam Tayangan Promosi Filem yang akan diiktiraf oleh Malaysia Book of Records dimana penjualan tiket melebihi 2,000 penonton yang bakal hadir.

Sementara itu, Pengarah Projek Muhamad Fadhil Bin Ameruddin berkata,

Malam Tayangan Promosi Filem “Chowrasta” ini adalah merupakan salah satu daripada medium pemasaran awal yang dibuat di peringkat universiti kerana filem berkenaan akan ditayangkan awal daripada tayangan sebenar di layar perak.

Mereka yang menonton Malam Tayangan Promosi Filem “Chowrasta” di UiTM Shah Alam adalah merupakan penonton pertama yang menonton filem berkenaan.

Sinopsis Filem Chowrasta

Filem Chowrasta ini mengisahkan perjuangan mengubah destini seorang anak Melayu bernama Hamid yang lahir di dalam kemiskinan. Peluang pekerjaan yang terhad, tahap pendidikan anak Melayu yang rendah dan negara yang menghadapi bahang 13 Mei 1969 menyebabkan manusia berjuang untuk mendapatkan sesuap nasi walaupun terpaksa meminta-minta.

Kemiskinan mengajar Hamid untuk memperbaiki diri, bercita-cita tinggi, membakar jiwa dan semangat sehingga menjadi salah seorang anak bangsa yang berjaya.

Beliau yang berjaya merempuh onak dan duri akhirnya berjaya membawa diri dan keluarganya keluar dari kepompong kemiskinan. Sejak itu, beliau tekad untuk membantu mencorak dan memartabatkan destini anak bangsa menerusi Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Kisah suka duka, pengorbanan, cita-cita, kecekalan, kepercayaan, rintangan, ketegasan, perjuangan, semangat dan kejayaan ini diharapkan menjadi panduan, harapan dan pembakar semangat dalam melahirkan Anak Bangsa ke arah pembangunan diri, ilmu pengetahuan, memajukan masyarakat, cintakan budaya danbangsa serta cintakan negara.

Saksikan filem inspirasi dari kisah benar yang dibintangi oleh Rosyam Noor, Nora Danish, Chem Amar, Fauzi Nawawi, Wan Hanafi Su, Risteena Munim dan Safiah Hanifah.

Tiket tayangan berharga RM10 boleh didapati di Fakulti Filem, Teater dan Animasi. Untuk maklumat lanjut sila layari laman sosial Malam Tayangan Promosi Filem “Chowrasta” di https://www.facebook.com/pages/Promosi-Filem-Chowrasta dan @chowrasta di akaun instagram atau hubungi Nur Sheila Shahira 017- 7134485, Rabiatul Adawiyah 019—9958946, Azrin 017-2514745, dan Azhari 013-6561369

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments