Wawa Zainal Hamil Anak Kedua

Alhamdulillah, gembira rasa apabila mendengar pasangan selebriti Aeril Zafrel dan Wawa Zainal yang bakal menimang anak kedua mereka tidak lama lagi.

Berita kehamilan Wawa disahkan sendiri olehnya.  Pasangan ini sebelum ini telah dikurniakan seorang anak lelaki bernama Ahmad Fakharuddin.

Kali ini, Wawa Zainal mengimpikan anak perempuan.

Kandungan saya masih di peringkat awal. Keadaan kesihatan saya sekarang juga tidak menentu. Jadi, doakan saja semoga semuanya selamat hingga saya bersalin nanti. Harapnya kali ini perempuan. Kalau dapat sepasang, seronok juga’.Ujarnya.

Tahniah kami ucapkan buat Wawa dan Aeril. Apa pun semoga Wawa dan kandungan sentiasa sihat. Tak sabar menunggu kelahiran nanti.

wawq zainal dan aeril zafrel

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments