Elfira Loy & Baim Wong Nafi Bercinta

sambutan harijadi elfira loy 2015
Terdapat khabar angin yang mengatakan bahawa Elfira Loy kini mempunyai hubungan rapat dengan pelakon Indonesia, Baim Wong.

Bagaimanapun Elfira Loy menafikannya.

Kini beliau terpaksa mendedahkan bahawa dirinya menjadi buruan pengendali program televisyen di Indonesia yang ingin mengetahui sejauh manakah hubungannya dengan Baim Wong.

Menurut Elfira atau nama sebenarnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri,

Beliau terpaksa menolak permintaan itu kerana tidak mahu hubungan mereka sebagai kawan disalah tafsir dan diperbesarkan sebagai pasangan kekasih.

Bagaimanapun isu ini tidak menjejaskan hubungan mereka berdua.

Mereka masih lagi berkawan seperti dahulu dan menyerahkan perkara tersebut kepada takdir serta jodoh.

Dalam pada itu, Elfira berkata, dia bakal membuka sebuah kafe diberi nama Love Me 7 Days di Cheras yang mula beroperasi pada Ramadan ini.

Dia juga banyak meminta pandangan daripada Baim dalam urusan berkaitan kafe dan menu yang terbaik untuk ditawarkan kepada pelanggan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments