Filem Jejak Warriors

Jejak Warriors
Filem Jejak Warriors bakal ditayangkan pada 27 Ogos nanti, pastinya peminat bola sepak akan menonton filem yang berjudul Jejak Warriors ini.

Ia mengetengahkan sebilangan pemain handalan bola sepak Kelantan terkenal seperti Khairul Fahmi Che Mat, Wan Zack Haikal Wan Nor, Mohd Fitri Omar Ahmad Fakri Saarani dan Wan Zaharulnizam.

Pemain bolasepak yang terlibat dalam filem Jejak Warriors juga menghadiri kelas lakonan bersama pelakon Fauziah Nawi sebelum penggambaran dan usaha ini banyak membantu mereka.

Antara barisan pelakon-pelakonnya adalah Mohd Aliff Firdaus, Pekin Ibrahim dan Nadiya Nissa.

Sinopsis Jejak Warriors

Jejak Warriors sebuah kisah pengembaraan mengenai seorang remaja (Wan Raja) untuk berjumpa dengan pasukan bolasepak pujaan beliau iaitu The Red Warriors.

Bapa Wan Raja adalah seorang penyokong nombor satu The Red Warriors sehinggalah satu kemalangan berlaku dan ini telah menukar kehidupan keluarganya untuk selamanya. Dengan kematian mengejut ibu Wan Raja, beliau menyedari cita-cita bapanya untuk mendapatkan tandatangan pemain The Red Warriors belum tercapai.

Sewaktu perjalanan Wan Raja dari Johor Bahru ke Kota Bahru beliau telah menempuhi pelbagai dugaan dan cabaran namun untuk berputus asa bukan pilihan bagi beliau bagi mencapai cita-citanya.

Trailer Jejak Warriors

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments