Konsert Michael Learns To Rock di Kuala Lumpur

Michael Learns To Rock
Michael Learns To Rock akan datang ke Malaysia untuk menghadiahkan peminat dengan persembahan dari album terbaru mereka, “25”, pada 15 Ogos 2015 di Mega Star Arena.

Selain dua single terbaru, “25” turut menampilkan kesemua lagu hit mereka sepanjang 25 tahun penglibatan dalam industri.

Konsert ini akan menjanjikan pengalaman yang istimewa bagi peminat di Malaysia kerana mereka akan disajikan dengan persembahan visual berteknologi tinggi bersertakan susunan muzik khas oleh kumpulan berkenaan.

Dalam meraikan tahun ke-25 mereka didalam arena ini, Michael Learn To Rock akan membawakan beberapa lagu hit seperti “The Actor”, “25 Minutes”, “Paint My Love”, “Sleeping Child”, “Take Me To Your Heart” dan banyak lagi.

Sepanjang 25 tahun yang lalu, lagu-lagu hit kumpulan ini seperti “The Actor”, “25 Minutes”, “Paint My Love” & “Sleeping Child”, kerapkali diputarkan dicorong radio hingga melonjakkan nama mereka lantas membuahkan hasil jualan yang tinggi iaitu sebanyak 11,000 album fizikal terjual.

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan Micheal Learns To Rock di Malaysia.

Jualan tiket akan dilancarkan pada 20 Jun 2015 (Sabtu). Kategori harga tiket adalah seperti berikut: VIP – RM469, PS1 – RM289, PS2 – RM169.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments