LINE Lancar Aplikasi “Popcorn Buzz”

LINE Lancar Aplikasi Popcorn Buzz
LINE telah mengumumkan pelancaran rasmi “Popcorn Buzz” versi Android, sebuah aplikasi panggilan berkumpulan percuma yang membenarkan sehingga 200 peserta berbual secara serentak.

Popcorn Buzz menawarkan fungsi panggilan berkumpulan yang sangat hebat, sesuai untuk sebarang situasi.

Popcorn Buzz boleh digunakan untuk berbual dengan sahabat dan ahli keluarga, bertanya khabar dengan rakan sekelas, membuat perancangan bersama ahli kelab dan banyak lagi.

Lebih daripada itu, Popcorn Buzz merupakan pengganti yang sesuai bagi perkhidmatan panggilan persidangan berbayar gred perniagaan yang sedia ada. Bagi pengguna yang perlu berbual dengan ramai orang pada satu masa, Popcorn Buzz mampu memenuhi keperluan penggunaan peribadi atau perniagaan, semuanya secara percuma.

Pengguna boleh memulakan Popcorn Buzz dengan hanya memilih nama pengguna dan memuat naik gambar profil.

Dengan menghantar URL unik panggilan berkumpulan melalui email, pesanan ringkas, atau sebarang bentuk komunikasi lain pilihan pengguna, mereka boleh mula membuat panggilan berkumpulan bersama rakan-rakan tanpa kelengahan.

Lebih menarik lagi, pengguna LINE yang sedia ada boleh terus log masuk ke Popcorn Buzz menggunakan akaun LINE mereka bagi menyegerakkan senarai data rakan-rakan 2dan membuat panggilan berkumpulan bersama sahabat LINE mereka dengan segera.

Semasa panggilan berkumpulan, pengguna boleh melihat semua ikon panggilan rakan-rakan yang lain, dan mereka boleh mengetahui siapa yang sedang bercakap melalui bintik hijau yang menyala di bahagian sisi kanan bawah ikon sahabat pengguna berkenaan.

Aplikasi ini juga bakal dilancarkan di iPhone tidak lama lagi, bersama pelaksanaan fungsi tambahan seperti perbualan video berkumpulan, kesalinghubungan dengan kumpulan LINE, dan banyak lagi fungsi lain di masa depan.

Dengan pelancarannya, Popcorn Buzz bakal mendefinisi semula had kemampuan komunikasi telefon pintar melalui cara yang belum pernah dilakukan sebelum ini.

Gambaran Keseluruhan Aplikasi

Nama aplikasi: Popcorn Buzz
OS disokong: Android (Android OS 4.0+),
Bahasa disokong: Arab, Portugis Brazil, Cina (Dipermudah and Tradisional), Inggeris, Perancis, Jerman, Indonesia, Itali, Jepun, Korea, Melayu, Portugis, Rusia, Sepanyol, Thai, Turki, dan Vietnam
Rantau disokong: Seluruh dunia
Permulaan perkhidmatan: 26 Mei 2015 (Android)
Google Play:  https://play.google.com/store/apps/details?id=com.linecorp.conference

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments