Adira Rahsia Punca Putus Tunang

Adira Tunang Shahrul Nasrun Kamarudin
Adira tidak ingin mendedahkan punca sebenar pertunangannya dengan Presiden Gerakan Belia Gagasan 1Malaysia, Shahrul Nasrun Kamarudin putus pada pertengahan April lalu.

Bagi beliau, ianya sangat peribadi untuk diceritakan kepada umum dan biarlah perkara itu hanya diketahui oleh mereka berdua sahaja.

Mereka berdua telah mengikat tali pertunangan pada 22 Disember tahun lalu dan sepatutnya bakal melangsungkan perkahwinan pada Sepetember depan.

Keputusan untuk menamatkan hubungan tersebut dilakukan atas persetujuan bersama dan mereka berdua sudah berusaha menyelamatkan hubungan berkenaan tetapi gagal.

Terdahulu ada gosip mengatakan punca Adira dan Shahrul putus apabila pemuda itu dikatakan cuba memikat Elizabeth Tan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments