ERA fm Sabah Perkenal ERAmaiti Bersama JayLopz

Bermula 22 Jun lalu, stesen radio ERA fm Sabah telah melakukan rombakan untuk memperhebatkan lagi segmen-segmen yang ada.

Terkini, rancangan Petang ERA fm Sabah memperkenalkan JayLopz gabungan Jay Jay and Lopz Wala dari Maharaja Lawak Mega.

Gambar Lopz JayJay

Jay Jay sememangnya diminati ramai pendengar tempatan dan setelah berehat selama setahun kini kembali ke udara dan menjanjikan sesuatu yang pastinya menarik buat pendengar ERA fm Sabah.

Segmen tersebut juga diberi nafas baru – ERAmaiti Bersama JayLopz bermula jam 4 petang hingga ke 8 malam. Perkataan ‘Aramaiti’ yang di ambil dari loghat Sabah, bermaksud sesuatu yang menceriakan.

Apa yang menarik mengenai segmen ini, pendengar bukan sahaja boleh dapatkan informasi mengenai hiburan dan gossip semata-mata, malah mereka juga boleh dapatkan berita mengenai isu semasa tempatan dan luar Negara melalui segmen Cerita Pandu Lalu pada jam 4 dan 6 petang, berita sukan dan semestinya, lagu-lagu hit yang terbaik.

Pada jam 5 dan 7 petang pula, Jay Jay dan Lopz akan terus menemani pendengar dengan segmen Kau Suda Kena. Segmen ini akan menyaksikan Jay Jay dan Lopz membuat panggilan rahsia atau “Prank Call’ untuk menghiburkan para pedengar.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments