Nikmati Diskaun Hebat Jualan Raya di GEMFIVE

GEMFIVE.com meraikan ketibaan Raya bulan ini menerusi “Jualan Raya di GEMFIVE”!

Bermula awal bulan ini sehingga Ogos 2015, anda boleh menikmati penjimatan hebat di seluruh gudang GEMFIVE, dan pulang beraya dengan penuh bergaya!

Seleksi fesyen terbaik, kelengkapan rumah, gajet kontemporari sehinggalah ke aksesori harian pastinya menambat hati di pagi Syawal nanti.

Raya Mega Banner GEMFIVE

Menjelang lebaran ini, intai seleksi pilihan pakaian Muslim & Muslimah yang sesuai digayakan ke sebarang acara.

Pasti indah beraya di desa dalam busana menawan Azzara Cottons, CurvyAyu, K. Alif dan banyak lagi (http://www.gemfive.com.my/celebrate-raya-in-style/)!

Untuk yang gemarkan kelainan dan mahu tampil berani, gayakan rekaan batik terbaharu Fern x Ruzz Gahara, rona etnik Frankitas atau miliki kasut kanvas Cheeks dengan lakaran motif trendy.

Juga buat sang pria, tampil segak dan selesa sepanjang hari dalam kemeja DA+PP, Comoddity dan aksesori terbaik dengan sentuhan klasik hanya di GEMFIVE.

Buat yang merancang perjalanan pulang ke kampung bersama keluarga, dapatkan tips kembara bersama anak kecil dan barangan wajib dimiliki demi keselesaan si comel di bahagian Ibu & Anak.

Potongan harga sehingga 50% untuk kerusi kereta bayi jenama Disney dan jimat dengan seleksi kereta sorong jenama Hello Kitty, Mamas & Papas serta Peg Perego (http://www.gemfive.com.my/mum-kids-travel-baby-gear).

Manakala buat si penggemar gajet, miliki produk telefon pintar Apple dengan harga paling rendah (terhad kepada 1 unit untuk mana-mana model bagi setiap pembeli, (http://www.gemfive.com.my/electronics-apple-raya-super-sale) sempena promosi Aidilfitri bulan ini di GEMFIVE.

Jualan murah lebih 1000 produk pilihan terbaik kini boleh didapati menerusi promosi GEMDeals (http://www.gemfive.com.my/gemdeals-alldeals).

Nikmati potongan harga sehingga 70% bulan ini dan lengkapkan penampilan mahupun persiapan kediaman dalam gaya kontemporari dengan kos terendah. Syawal pasti indah bersama GEMFIVE, pelbagai barangan keperluan Aidilfitri kini di hujung jari tanpa perlu bersusah-payah menghadapi kesesakan lalu-lintas dan orang ramai.

GEMFIVE turut memperkenalkan gudang Melium Outlet (www.gemfive.com.my/melium-outlet), hentian beli-belah mewah dengan diskaun sehingga 50% untuk jenama pereka terkenal seperti Aigner, Cocorose London, Cole Haan, Hackett London dan banyak lagi.

Pemegang kad Kredit & Debit Mach by Hong Leong layak mendapatkan diskaun tambahan 10% untuk setiap pembelian atas talian di Melium Outlet, GEMFIVE. Manakala pelanggan kad Kredit & Debit Hong Leong boleh menikmati penjimatan RM30 (Kod GEMCash: GEM5HLB) dengan pembelian minima sebanyak RM100 di seluruh gudang sehingga 31 Julai 2015.

Selami gaya hidup terkini, beli-belah secara atas talian di portal kelahiran tempatan, www.gemfive.com hari ini!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments