Juara Astro Battleground 2015 Wakil Malaysia

Juara Astro Battleground 2015
Astro Battleground, pertandingan tarian jalanan (street dance) terbesar di Asia, menamatkan musim 2015 dengan aksi Grand Final yang hebat pada 4 Julai 2015 di Gelanggang Ais Sunway Pyramid. Pasukan termuda pertandingan tersebut, Kidiotics telah dinobatkan sebagai Juara Astro Battleground 2015, mengetepikan Death Notz dalam final saingan antara kumpulan.

Rancangan perdana Astro dengan siaran paling lama itu juga turut menyaksikan pemenang paling muda di dalam sejarah sembilan tahun bersiaran bila Faris Azim Abd Karim dari Selangor berjaya memukau penonton dan para hakim untuk menjulang kejuaraan kategori solo.

Dihoskan oleh bekas ratu cantik, Trisha Kuck dan penari tempatan, Dennis Yin, aksi Grand Final Astro Battleground 2015 menampilkan barisan juri yang berkaliber, terdiri daripada pakar tarian antarabangsa terkenal seperti Tai Chi (Jepun), Funky Lia (Korea), Chun Hsiang (Taiwan), Yiu (Hong Kong) and Vince (Filipina).

Kumpulan wanita tempatan, Precious muncul sebagai artis jemputan pada malam itu.

Bukan itu sahaja! Giliran Asian Battleground pula menggegarkan scene tarian Asia di One City Grand Ballroom pada 7 Ogos 2015.

Malaysia akan diwakili oleh juara Astro Battleground 2015 (Kidiotics) dan naib juara (Death NotZ), dan mereka bakal disertai oleh 11 lagi kumpulan tarian lain dari Jepun, Korea, China (Shanghai dan Hong Kong), Filipina, Vietnam, Brunei, Indonesia, Thailand, Taiwan dan Singapura dalam rancangan yang akan disiarkan LIVE menerusi Astro Wah Lai Toi (Saluran 311 dan HD CH310).

Aksi finale Asian Battleground itu juga boleh ditonton menerusi Astro on the Go untuk semua pengguna berdaftar.

Pastikan anda tidak ketinggalan menonton aksi penuh debaran Grand Final Astro Battleground 2015, dengan tayangan perdana pada 10 Julai (Jumaat) jam 10.30 malam dan siaran ulangan pada 11 Julai (Sabtu) jam 1.30 tengahari, dan siaran langsung Asian Battleground pada 7 Ogos (Jumaat) pada 10.30 malam, menerusi Astro Wah Lai Toi (Saluranl 311 dan HD CH310).

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.facebook.com/astrobattleground.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments