Dato’ Siti Nurhaliza Terima Kejutan

ERA fm kali ini cuba mencari kelainan dari yang biasa dimana Dato’ Siti Nurhaliza telah mengambil tugas di JoHaRa Pagi ERA!

Pastinya semua pendengar dan peminat penyanyi popular seronok melayan celoteh JoHaRa dan Dato’ Siti Nurhaliza.

Inisiatif JoHaRa Pagi ERA yang dikendalikan oleh Johan, Haniff dan Ray dalam merangka idea untuk menyumbangkan sesuatu yang lain dalam industri hiburan telah terbukti apabila mereka berjaya melaksanakan sebuah kejutan buat penyanyi yang bakatnya tidak perlu dipertikaikan lagi iaitu Dato’ Siti Nurhaliza.

Dato Siti Nurhaliza Terima Kejutan

Sebagai usaha ERA fm untuk memartabatkan lagi penyanyi-penyanyi tanahair terutamanya yang banyak memberikan sumbangan kepada negara, masyarakat yang memberikan kesan mendalam dalam indutsri hiburan tanahair, pihak ERA fm dan RAKU tampil untuk membuat suatu kelainan dengan menghasilkan sebuah lagu khas buat Dato’ Siti Nurhaliza sempena meraikan ulangtahunnya yang ke 20 tahun dalam industri hiburan.

Paling menarik, JoHaRa Pagi ERA telah melakukan kejutan buat Dato’ Siti Nurhaliza!

Kejutan berbentuk sebuah lagu yang dinyanyikan oleh penyanyi muda dan berbakat , Hafiz yang berpayung di bawah naungan Astro Talent Management bersama penyanyi yang penuh karisma Faizal Tahir, yang khas dicipta khas buat penyanyi tersohor negara, Dato’ Siti Nurhaliza berjudul ‘Inspirasi’.

Hari ini juga, Dato’ Siti Nurhaliza kelihatan sangat teruja dengan adanya sebuah lagu yang didedikasi khas buatnya.

Oleh itu, lagu ‘Inspirasi’ yang dinyanyikan oleh Hafiz dan Faizal Tahir ini telah pun keudara bermula hari ini di ERA fm dan aplikasi RAKU.

Bagi yang ingin dengarkan lagu ini juga boleh muat turun aplikasi RAKU dimemuat turun aplikasi ini melalui iOS dan Android dan cari lagu “Inspirasi” yang boleh didengarkan selama 2 minggu secara eksklusif dengan melayari www.raku.my/inspirasi .

Dapatkan maklumat lanjut tentang ERA fm di www.era.fm, laman Facebook

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments