Festival Filem Malaysia 27

Festival Filem Malaysia ke-27
Festival Filem Malaysia 27 bakal mengiktiraf 56 buah filem karya anak tempatan akan berlangsung pada 5 September depan di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Sebanyak 140 pencalonan merangkumi 24 kategori dipertandingkan dan FFM 27 kali ini bertemakan Sehati Sejiwa.

Karya-karya yang layak bertanding adalah filem-filem yang ditayangkan dari Januari 2014 sehingga Disember 2014.

Nabil Ahmad dan Sherry Alhadad diberi kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab sebagai pengacara malam kemuncak FFM 27.

Manakala, pelawak Along Cham dan Zulin Aziz dipilih untuk mengacarakan malam perasmian pada 2 September di Symphony Lake Suite, KLCC.

Pemenang FFM 27 tidak lagi diberi ganjaran dalam bentuk wang tunai sebaliknya menerusi rekaan baharu trofi yang terdapat satu kepingan emas 916.

FFM 27 akan disiarkan secara langsung menerusi siaran Astro Ria dan Ria HD pada pukul 9 malam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments